“Respect her” Suap Rakan Sindrom Down Makan, Tindakan Pelajar India Ini Buat Ramai Terharu

Tidak kira lah agama dan bangsa apa pun kita namun setiap agama mengajar kita untuk berbuat baik sesama manusia apatah lagi lagi dengan mereka yang merupakan golongan OKU (Orang Kelainan Upaya).

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar india menyuapkan makanan pada rakannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azizahazedi, dapat kita lihat mereka berdua sedang berkumpul dengan rakan yang lain untuk makan bersama-sama.

Difahamkan, rakannya itu merupakan menghidap down syndrome yang mempunyai masalah rabun dan makan agak lambat malah video tersebut dirakam oleh salah seorang guru di situ.


Caranya melayan rakannya itu langsung tidak kekok malah memberikan contoh kepada rakan lain agar sentiasa berbuat baik dengan mereka yang kelainan upaya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tersentuh melihat cara pelajar india itu malah memuji didikan yang diberikan oleh ibu bapanya.

Manakan tidak, didikan yang hebat bermula di rumah dan daripada ibu bapa yang hebat.

“Terasa macam ibu suapkan anak, simple content ni tapi mendalam maksudnya” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap agar kedua-dua mereka berjaya dalam pembelajaran.

Antara komen warga maya:

“Ini yang selalu orang tak nampak! cinta dan sayang sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama”

“best thing i saw on tiktok today”


“respect for her parents.. respect her too”

“Please viral this girl..”

“Salute parents mereka.. mengajar anak berbuat baik tanpa mengira bangsa agama dan budaya”

“kan aku dah cakap.. politician je yang mengapi api perkauman.. rakyat tidak.. ini bukti.”


Video yang tular di laman TikTok:

@azizahazedi Replying to @sacita21 thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids ❣️ This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also #fypppp #ppki #pendidikankhas #mbk #smktbi ♬ original sound – azizahazedi