Connect with us

Viral

Siram Air Dekat Pelajar Gara-Gara Tertidur, Ada Pula Netizen Setuju Dengan Tindakan Guru Ini

Tidak dinafikan, waktu belajar memang memenatkan memandangkan banyak tugasan yang perlu dibuat sehinggakan ada yang tertidur di dalam kelas sewaktu guru sedang mengajar.

Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru menyiramkan air pada anak muridnya yang tertidur di dalam kelas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ema961, kelihatan guru tersebut dan beberapa anak murid berada di dalam kelas untuk sesi pembelajaran.

Bagaimana pun, salah seorang daripada muridnya tertidur sewaktu guru itu mengajar.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah guru terbabit kemudiannya menyiram air pada muka pelajar itu sekaligus membuatkan dia terjaga akhirnya.


Ramai yang berasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada budak perempuan itu. Manakan tidak, jelas dia dimalukan di khalayak ramai malah ianya bukan cara terbaik yang boleh dilakukan oleh seorang guru.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap guru tersebut memalukan pelajar itu di hadapan rakannya yang lain oleh kerana tertidur di dalam kelas.

Pun begitu, ada juga netizen yang bersetuju dengan cara tersebut malah membandingkan tindakan guru masa kini dan pada zaman dahulu yang dikatakan lebih ‘extreme’ hukumannya.

“Cikgu siram murid sedang tidur di sekolah! Kami dulu siap rotan siap denda pungut sampah tak ada pun yang mengamok sana sini” – Netizen

Antara komen warga maya:
“Saya guru juga tapi tak pernah lagi hukum murid tidur…”

“Memang dulu kita ni kena teruk tapi dia punya malu tu setakat kat kelas or sekolah tu. Zaman sekarang ni, dia punya malu tu sampai satu dunia pun boleh tahu.”


“Tak habis-habis dengan zaman dia.”

“Ajar budak kena ikut zaman ke zaman. Zaman ni tak boleh ikut cara kita zaman 90an dulu…”

Video yang tular di laman TikTok:

@ema961 Cikgu Siram Murid Sedang Tidur #Fyp #fypシ ♬ bunyi asal – ema961

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)