Baru Lepas Hantar Jenazah, Pemandu Ambulans Terkejut Nampak ‘Sosok’ Misteri Berdiri Tepi Jalan

Bekerja sebagai pemandu ambulans bukanlah satu pekerjaan yang mudah malah banyak pengalaman yang diceritakan semula di media sosial. Ada yang manis, dan ada juga yang seram !

Manakan tidak, sudahlah ada yang bekerja pada tengah malam bahkan ada juga yang perlu menghantar jasad yang tidak bernyawa. Memang pekerjaan yang sangat mencabar.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu ambulans berdepan dengan situasi seram selepas pulang menghantar jenazah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram iaitu @terangmedia, pemandu ambulans tersebut didakwa telah dikejutkan dengan kehadiran ‘sosok’ putih yang berdiri di tepi jalan.

Difahamkan, dia melewati satu jalan yang dikatakan agak gelap dan sunyi.

Pun begitu, dia dikejutkan dengan satu sosok misteri berwarna putih yang berdiri kaku di tepi jalan.


Pemandu yang pada ketika itu buntu sama ada ingin meneruskan perjalanan ataupun tidak bagaimana pun memberhentikan kenderaannya di tengah jalan sambil terus menghidupkan lampu ambulans.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut meremang melihat video tersebut yang jelas memaparkan lembaga tersebut.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui berkerja sebagai pemandu ambulans sememangnya mempunyai cabarannya yang tersendiri malah bukan calang-calang orang yang mampu bekerja sebagai pemandu van ambulans.

Antara komen warga maya:

“Fikir positif saja, mungkin dia peserta karnival yang ketinggalan rombongan,”

“jangan taku bang, dia kan nak tumpang”


“negatif thinking ja mungkin itu hantu”

“langgar saje biar dia mati 2 kali”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

Boleh pula ‘dia’ berdiri lepak tepi jalan gitu, kesian pemandu ambulans nak jalan pun pikir banyak kali hehehe