‘Reda’ Kena Tarik, Gelagat Kucing Malas Berjalan Buat Netizen Terhibur

Ada sejenis kucing yang menjadi favourite orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing malas nak berjalan dan ‘reda’ ditarik oleh tuannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahidahalel, kelihatan seorang wanita sedang berada di luar kawasan rumahnya dan membawa kucing Oyen peliharaannya bersiar-siar.


Pun begitu, apa yang membuatkan ramai terhibur apabila melihat gelagat kucing tersebut yang sangat malas untuk berjalan sehingga sanggup berbaring walaupun sudah ditarik oleh tuannya.

Memetik laporan SAYS, Difahamkan gadis tersebut langsung tiada niat untuk mendera kucingnya sebaliknya terhibur melihat telatah si bulus itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah oyen itu malah ada yang berseloroh mengatakan mungkin kucing tersebut sudah kehabisan bateri.

“Oyen tak ada bateri tu, charge balik” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berkongsi pengalaman masing-masing yang memiliki kucing berwarna oren.

Antara komen warga maya:

“hahaha kenapa tak dukung.. kesian dia”

“kucing aku pon cam tu.. bila buka tali tu molek pulak jalan”


“aku ingat aku dah habis malas, rupanya ada lagi malas dari aku”

“kucing aku bila ajak balik macam ni lah peel dia”

“oyen tak pernah mengecewakan”


Video yang tular di laman TikTok:

@shahidahalel Hahhahahahhahahahha, dah paling redho dah tu. Pergi ke paksa balik sukarela 😜🤪❤️🤣🤣 #fypシ ♬ bunyi asal – aizamrezil