Lelaki Jumpa Remaja Perempuan Jalan Seorang Diri Pukul 2 Pagi, Bila Ditanya Rupa-Rupanya..

Tidak dinafikan, budak-budak zaman kini ‘terlebih berani’ sehingga sanggup melakukan perkara diluar jangkaan penjaga.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda ini menjumpai seorang gadis berusia 14 tahun jalan berseorangan di satu kawasan yang agak gelap mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @club.pemotoran.t.s.o.r,Zam kelihatan mendekati remaja berusia 14 tahun itu sambil bertanya mengapa berjalan seorang diri pada jam 2 pagi tanpa pengawasan orang tua.

Zam juga meminta budak perempuan tersebut untuk pulang kerumah namun ianya tidak diendahkan oleh gadis tersebut dan meneruskan perjalanannya.

Disebabkan bimbang dengan keselamatannya, Zam bertindak untuk mengekorinya daripada belakang.

“Aku patah balik, jumpa budak ni lagi. Aku pun berlakon konon-konon nak hantar dia balik rumah sewa dia. Sebab dia kata dia nak balik rumah sewa. Umur 14 tahun, kad pengenalan pun tak ada. Rasa ada yang tak kena ni”

Zam menawarkan untuk menghantar budak perempuan tersebut dan dia bersetuju.

Selepas beberapa soalan diajukan, barulah budak perempuan tersebut mengaku bahawa dia sebenarnya berselisih faham dan bergaduh dengan ibunya dan bertindak untuk lari daripada rumah.

“Bergaduh dengan mak rupanya, aku rasa budak ni lari rumah dah ni.”

Mendengar perkara tersebut, Zam terus membawa budak perempuan itu ke balai polis berdekatan untuk menghantarnya semula ke rumah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut risau dengan sikap budak zaman kini yang terlalu berani sehingga sanggup melakukan sesuatu tanpa berfikir baik buruknya.

Bukan itu sahaja, netizen juga berterima kasih dengan lelaki tersebut kerana menghantar budak perempuan itu ke tempat yang lebih selamat.

Antara komen warga maya:

“video ni sangat beri peringatan kepada ibu bapa, ahli keluarga dan kita sendiri sebagai insan prihatin”

“nasib jumpa ngan abang.. kalau jumpa ngan orang tak elok..”



Video yang tular di laman TikTok:

@club.pemotoran.t.s.o.rsaya umpa budak perempuan umur 14 tahun sorang² tepi jalam jam 2 pagi..jum tengok apa yg berlaku..PART 1♬ original sound – Zam Padang Serai

@club.pemotoran.t.s.o.rJum tengok apa yang berlaku PART2♬ original sound – Zam Padang Serai

@club.pemotoran.t.s.o.rJumpa budak perempuan umur 14 tahun jam 2pagi PART3♬ original sound – Zam Padang Serai

@club.pemotoran.t.s.o.rPART 4♬ original sound – Zam Padang Serai