Rampas Apollo Dari Kucing, Reaksi Merajuk Si Bulus Ini Buat Netizen Geram

Kucing merupakan haiwan yang manja dan terkadang melucukan, ada sahaja gelagat comel yang hendak ditunjukkan pada tuannya. Jadi tidak hairan lah ramai yang memilih kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seekor kucing bijak merajuk gara-gara diusik oleh tuannya.

Dapat kita lihat, pada awalnya kucing ini memeluk dua kek Apollo namun ada seorang wanita mengusiknya dengan mengambil kek Apollo tersebut.

Si bulus ini bagaimana pun terus membuat suara ‘marah’ sebelum mengalihkan pandangan seolah-olah sedang merajuk kerana makanannya diambil orang.


Di penghujung video, kucing tersebut memeluk kek Apollo dengan erat seolah-olah tidak mahu seiapa yang mengambilnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘geram’ dengan reaksi comel si bulus ini apabila makanannya diambil orang lain.

“kucing dalam tiktok ni semua bijak2.. kucing rumah aku minta whiskas macam nak minta nyawa aku”-Netizen

Tidak cukup dengan itu, netizen menyifatkan kucing tersebut bukan sahaja comel malah ianya juga bijak apatah lagi bila pandai merajuk.

Antara komen warga maya:

“jangan la amik apollo kiteeee!”

“pandai merajuk.. comesl sangat2 ni..”


“dah comel bijak pulak dia.. kucing akak dah rosak tu bagi saya repair”

“jangan amikk ni adik punyaa”

Video yang tular di laman TikTok:

@kimsyaf20 #kucingviral #kucingcuttonbud #fypシ ♬ original sound – Kimsyaf

Ketika artikelini ditulis, video tersebut telah meraih 3.3M tontonan, 567.1K tanda suka, 12.3K komen dan 31.9K perkongsian di applikasi TikTok.

Comel betul si bulus ni merajuk. Kalau kucing Min, baru rampas sikit habis kena cakar!