Beza Umur 33 Tahun, Wanita Ini Akhirnya Kahwini Cikgu Sendiri

Beza umur bukanlah pengahalang untuk sesebuah perhubungan bahkan apa yang lebih menarik ialah ada diantara kita yang jodohnya selama ni hanya berada di depan mata.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita bertemu jodoh dengan gurunya di bangku sekolah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan jarak umur mereka berdua adalah 33 tahun namun ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk menjalinkan hubungan percintaan.

Bukan itu sahaja, Rezeki pasangan ini apabila mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun lepas semasa hari ulang tahun yang pertama dan kini difahamkan sedang mengandung anak yang kedua.

Bagaimana pun, di dalam gembira, ada dukanya. Wanita ini turut berkongsi pengalaman pahitnya apabila dicerca, difitnah, dan dipinggirkan oleh orang yang berada di sekelilingnya.


“Perancangan Allah yang terbaik. Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak pada perancangan Allah. Kita sebagai manusia tidak berhak menghukum. Kekayaan adalah rahsia Allah.” Ujarnya.

Video tersebut kini telah pun meraih 1.4M tontonan, 40.3K tanda suka dan 5103 perkongsian di applikasi TikTok namun bagaimana pun ruangan komen telah pun ditutup atas sebab-sebab tertentu.

Video yang tular di laman TikTok:

@nasniza02♬ ชอบเธออ่ะ – K.Story009

@nasniza02🤲😇

♬ bunyi asal – asniza02