Kongsi Temui Lailatul Qadar & Malaikat, Cerita Siti Nurhaliza Buat Netizen Ragu

Sebut sahaja nama penyanyi tersohor iaitu TokTi, atau nama sebenarnya Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin, pasti ramai yang terngiang-ngiang akan kelunakkan suaranya itu.

Bukan itu sahaja, TokTi juga disegani ramai dek kerana sikapnya yang ‘humble’ dan tidak pernah sombong.

Baru-baru ini, tular sebuah video dimana TokTi dikatakan melihat satu perkara yang menakjubkan di tanah suci Mekah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, video tersebut telah diterbit beberapa tahun yang lalu, namun ia dimuat naik semula oleh pengguna media sosial terbabit.

Dalam video tersebut, TokTi menghadiri sebuah rancangan bual bicara TV Al-Hijrah bersama ustaz Don Daniyal.

Menerusi video itu, dapat kita lihat TokTi sebak berkongsi cerita bahawa dirinya berdoa kepada Allah S.W.T di tanah suci untuk ditunjukkan Lailatul Qadar serta bertemu dengan malaikat dan beliau mendedahkan hajatnya telah dimakbulkan.


“Saya tak tahu apa yang tergerak hati saya untuk pandang ke langit dan di situ lah saya lihat. Saya dapat tengok apa yang saya minta tu Allah tunjukkan” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan dan pendapat masing-masing mengenai cerita tersebut.

Terdapat beberapa netizen yang akui tidak terlalu percaya dengan apa yang di ceritakan oleh TokTi kerana perkara tersebut bukanlah mudah untuk dilihat.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang turut ‘meremang’ mendengar cerita TokTi yang berperluang melihat perkara tersebut kerana kita sendiri tidak tahu amalan dan kebaikan apa yang dilakukan oleh TokTi sehingga doanya dimakbulkan.

Antara komen warga maya:

“terus terang aku tak percaya dengn cite2 gini oleh org2 macam ni.. bukan nak kata Siti tak baik tapi faham2 sendiri sudah..”

“ingat senang nak jumpa lailatul qadar, kalau betul dia dah stop semua aktiviti duniawi”


“siapa kita untuk mengiyakan atau menidakkan.. semuanya dalam pengetahuan Allah dan dengan izin-Nya..”

“beruntungnya dia.. pasti hebat amalan yang beliau amalkan yang menjadi rahsia dia dengan Allah”


Video yang tular di laman Facebook: