“QR Code terus dia buat” Cikgu ‘Tepuk Dahi’ Tengok Tulisan Jawi Murid Buat Netizen Berdekah!

Tidak dinafikan, tulisan pelajar sekolah rendah ada yang sukar untuk difahami apatah lagi bagi mereka yang tahun 1 dan tahun 2 memandangkan mereka baru sahaja mempelajarinya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru ‘pening’ untuk memahami tulisan jawi anak didiknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahrulafiq01, pada awalnya dia menunjukkan tulisan jawi seorang pelajarnya. Kelihatan tiada apa-apa yang aneh.

Namun, apa yang membuatkan guru ini terus ‘tepuk dahi’ apabila dia menunjukkan seorang lagi tulisan jawi pelajarnya yang sukar untuk difahami.


Baris pertama nampak elok, tapi masuk sahaja baris ke dua, memang berdekah siapa yang melihatnya! Entah lah bahasa apa, tapi memang kreatif betul pelajar ni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat guru ini apabila membaca tulisan pelajarnya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan tulisan pelajar tersebut sudah seperti QR Code dan meminta gurunya untuk ‘Scan’ QR tersebut.

Antara komen warga maya:

“QR code terus dia buat.. cer try scan”

“Word tak install jawi ni”


“anak murid kelas aku pualak huruf jawi dah ok tapi titik setiap huruf jawi tu tak buat langsung.. pastu cakap dekat dia macam mana nak kenal huruf kalau takde titik”

“bila kau nak cepat siap tapi taknak buku kosong..”


Video yang tular di laman TikTok:

@shahrulafiq01 Korang rasa mane satu tulisan jawi yang betul? Cehh comment 🤣#fypシ #fyp #lawakbudaksekolah ♬ original sound – Shahrul Afiq

Adooiiii.. bahasa apa kau buat ni dikk, apa-apa pun memang terhibur bila tengok, korang jangan pergi scan pula ‘QR Code’ yang dia buat tu.. kikiki