“Cara anak-anak B40 berhibur” Isu Tarian ‘Moshing’, Kapsyen Pengguna Twitter Raih Kecaman Netizen

Hiburan ini muncul dalam pelbagai bentuk. Lain orang, lain cara berhibur mereka.

Begitu juga dengan kes yang tular baru-baru ini, mengenai hantaran Twitter yang mengecam cara anak muda berhibur pada zaman kini dengan melabelkan mereka sebagai ‘cara anak B40 berhibur’.

Berdasarkan video yang tular di halaman tersebut, memaparkan sekumpulan anak muda sedang berhibur dengan gaya ‘moshing‘ mereka.

Moshing merupakan suatu jenis gaya tarian di mana peserta atau penonton menolak atau menghempaskan diri antara satu sama lain.

Dan kebiasaannya moshing ini dilakukan ketika persembahan muzik secara langsung yang ‘agresif’ seperti muzik heavy metal dan punk rock.

Mosh ini juga berlaku di tengah-tengah orang ramai dan lebih dekat dengan pentas, iaitu kawasan yang dipanggil sebagai mosh pit.

Menerusi video yang dimuat naik oleh suatu halaman Twitter, memperlihatkan beberapa orang anak muda sedang moshing di sebuah gig tempatan hujung minggu lepas.

Bagi sesiapa yang sudah lali dan terbiasa dengan suasana gig secara live, moshing itu tidak asing lagi buat diri mereka.

Akan tetapi, muncul pula hantaran ini dengan kapsyennya ditulis “Cara anak-anak B40 berhibur. Minta kkm tidur kan semuanya”.

Sudah pasti, ramai peminat gig ini berasa tergugat dan geram akan kata-kata yang dihamburkan sesuka hati oleh admin halaman Twitter tersebut.

Kapsyen yang ditulis ternyata membuatkan ramai pencinta muzik marah kerana admin halaman tersebut sewenang-wenangnya melabel mereka yang berada di situ sebagai golongan B40, malah page itu juga meminta KKM ‘tidurkan’ mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan halaman tersebut yang sesuka hati melabel cara orang lain berhibur.

Antara komen netizen:

“x prlu mention b40 m40 t20.,, prangai tu individu msing2,,,hilang respek kat ko admin”

“T20 pun ada lah admin bebal”


I have friends that are heavily involved in this scene and a regular goers/performers and they are some of the most successful and amazing person I have ever met.

Video yang tular: