“Dah rupa kopi” Tular Isu Air Kelantan Kotor, Wanita Luah Rasa Geram & Berang

Air merupakan salah satu sumber terpenting yang perlu ada dalam menjalani kehidupan seharian kita. Namun begitu, masih ada kawasan di Malaysia yang mempunyai masalah bekalan air yang bersih sehingga merumitkan kegiatan harian pengguna.

Memetik laporan The Reporter, tular satu hantaran di laman Facebook yang memaparkan seorang wanita meluahkan rasa geramnya mengenai masalah air kotor di Kelantan.

Isu mengenai bekalan air bersih di Kelantan sering diperkatakan oleh penduduk negeri tersebut, sehinggakan pelbagai video dan gambar tular di media sosial berhubung isu tersebut.

Hal ini menunjukkan pihak kerajaan negeri itu seakan-akan memandang remeh sahaja mengenai masalah bekalan air bersih itu.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman Facebooknya baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan air di Kelantan kerana bekalan air yang kotor dan tercemar dengan karat lalu menyebabkan cuciannya terjejas dan rosak.

“Segala binatang dalam hutan ditujukan kepada Air Kelantan Official. Pagi tadi molek-molek, bubuh segala cadar comforter dalam mesin. Tiba masa part last nak spin, air supo cisss. Habis rosak cadar dan comforter aku.

“Bayangkan anak demam asyik meragam dan muntah. Siap tukar cadar berdukung anak pulak. Bubuh cadar dalam mesin basuh dengan harapan cadar lebih bersih. Tengah dukung anak nak cuci botol, buka paip kat sink, airnya begini,” tegas wanita tersebut.

Dikatakan, wanita tersebut telah membuat aduan kepada pihak Air Kelantan Official dan pihak tersebut mengambil tindakan untuk menghantar air ke rumah pengadu disebabkan bekalan air terputus dari pagi.

Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa masalah tersebut tidak dapat diselesaikan kerana masalah tangki air.

“Masalah sekarang adalah tangki air dalam bumbung. Lori hanya boleh isi air kat tangki bawah. So sekarang sis kena beli tangki letak bawah, lepas tu buat piping ke tangki atas pulak? YB mana YB? Nak peruntukan tangki ni YB,” tanya wanita itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tumpang bersimpati atas keadaan yang dialami oleh wanita itu dan penduduk Kelantan lain yang turut mengalami masalah yang sama.

Antara komen netizen:

“Allahuu…sdih nyo laaa…kt dk pc ni KLu air meroh ckttt jh gege dh…ni brat sgt ni kak mg….nyaknyo laa hoo🥺”


“kena pasang filter la kot no kalau gini. mybe anak2 sakit sbb air kotoq kot. allah. ni teruk sampai kaler mcm ni 😵‍💫😵‍💫😵‍💫”

“Sedihnya 😭😭😭😭😭”

“dasat betul kaler nya…bkn coklat lagi dh rupa kopi 🤦‍♀️naya”

 

Hantaran tular di laman Facebook: