“Persis model profesional” Jurusolek Ini Kongsi Transformasi Wajah Jelita Youtuber Sugu Pavithra

YouTuber popular, S. Pavithra, 28, mencuri perhatian netizen selepas tampil bergaya seakan model dengan wajah dan penampilan yang berbeza.

Menerusi perkongsian terbaru laman sosial Instagram (IG) jurusolek selebriti terkenal Razzi Musa, dia memuat naik hasil wajah cantik Pavithra selepas disolek.

 

View this post on Instagram

 

Golden Queen #sugupavithra . #Makeup by #razzimusa #styled @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

 

 

View this post on Instagram

 

SUGU PAVITHRA Beautiful soul . #makeup by #razzimusa #styled by @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

 

View this post on Instagram

 

Quotes for today from @jimancasablancas 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

A post shared by @ holyblackrapunzel on

Rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan semulajadi Pavithra dan memuji bakatnya yang terpendam itu.

Terdahulu, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi tular.

Namun beberapa hari lepas timbul isu di mana ada dakwaan mengatakan Sugu Pavithra meminta bayaran RM10,000 untuk penampilan selama sejam di dalam satu program rancangan.

Bagaimanapun, Sugu Pavithra menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan mereka tidaka mahu muncul di kaca televisyen.

Isu tersebut mendapat perhatian chef nombor satu Malaysia iaitu Chef Wan.

Menurut Chef Wan, beliau mengakui ada menonton video pasangan itu di laman Youtube dan berkata pasangan itu ternyata berjaya menambat hati orang ramai dengan kepetahannya berturut dalam bahasa Melayu dan pasangan itu sepatutnya disanjungi.

“Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan dia berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja.

“Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada. Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi,” katanya.