Tak Kisah Status Nonny Nadirah, Niezam Zaidi Mahu Kahwin Sebelum Hujung Tahun

Desas-desus mengenai hubungan Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi yang menjadi tanya tanya sebelum ini telah terjawab.

Rancang berkahwin hujung tahun ini

Menurut pelakon Niezam Zaidi, 28, yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah, 30, sebelum hujung tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

Is Ti Me wah.#SalamSabtu

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi) on

Ujar pelakon ini lagi, dia sudah memikirkan perkara itu namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terbabit dengan penggambaran drama.

Kita merancang, Allah tentukan

Selain itu, menurut Niezam dia juga mahu terus bernikah tanpa mengikat Nonny sebagai kekasih dalam tempoh yang lama.

“Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan” ujarnya kepada Harian Metro.

“Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya sehingga Ogos depan”.

Perkara baik tidak elok dilambatkan

“Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu. Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan”.

“Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi”.

Ikutkan, saya mahu terus nikah sahaja

“Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja”.

Saya juga ada bercakap dengan keluarga soal ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya lagi.

Niezam yang juga pelakon filem M4M4 berkata, dia merancang untuk berjumpa keluarga Nonny di Sabah bagi mendapatkan restu.

Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny 

“Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny lagi. Sebelum ini hanya menerusi panggilan video saja”.

“Insya Allah, selepas penggambaran selesai bolehlah saya pergi berjumpa secara teratur. Saya uruskan satu persatu. Saya percaya niat baik ini akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Kami berkenalan sejak 2016

Mengulas mengenai perhubungan yang berlangsung sejak setahun lalu itu, Niezam menyifatkan kehadiran Nonny adalah kiriman Allah untuk dirinya, begitu juga sebaliknya.

“Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3. Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan”.

“Selepas Nonny bercerai barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka”ujar pelakon ini.

Status Nonny berkahwin dan bercerai bukan halangan saya berkawan dengannya

“Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat”.

 

View this post on Instagram

 

Salam maghrib di hari jumaat penghulu segala hari 🌹 . Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: “Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutuskan 4 malaikat untuk datang padanya.” Allah memerintahkan: °Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah. °Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya. °Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi. °Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa. Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba yang beriman itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba. Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba yang beriman. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata: “Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?” Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut. ” Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sakit panas dalam sehari semalam, boleh menghilangkan dosa selama setahun.” 🦋 #loveyourself #fight #trustAllahplans

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

“Status Nonny yang pernah berkahwin dan bercerai bukan halangan untuk saya berkawan dengannya”.

“Dia seorang yang baik. Apa saya tahu, ketika dia tengah dalam kesulitan, saya ada. Saya ada dengan dia saat susah dan senang”.

Jalinan perhubungan saya dengan dia kerana Allah

“Semasa dia tengah ‘down’, dia tidak ada sesiapa. Jadi, saya minta dia kongsi. Saya tenangkan dia dan pendek kata, sering jadi perantara untuk dia.

“Apapun, jalinan perhubungan saya dengan dia kini kerana Allah,” katanya

Terdahulu pada tahun 2018, Nonny Nadirah pernah berkahwin dengan Mustain Adnan dan pasangan ini memfailkan perceraian pada 2019.