“I’m sorry about that” Isu Minta RM10,000, Pengacara Dakwa Sugu Pavithra Keliru Soal Stesen Televisyen

Sekitar semalam tular isu mengenai dakwaan bayaran yang ditetapkan Youtuber terkenal pasangan Sugu Pavithra jika mahu menjemput mereka ke stesen televisyen.

Pengacara beri penjelasan isu bayaran Sugu Pavithra

Pengacara Anim Ezati Rizki, 28, tampil memberi penjelasan selepas menerima kecaman berkenaan isu YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra yang menetapkan bayaran sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam.

Menurut Anim, dia ada menghubungi Pavithra untuk menawarkan projek itu tetapi untuk syarikat miliknya.

“Guys, 2 benda korang kena tahu before nak attack I.

1. I bukan from stesen tv seperti yang didakwa. I call wakil from my company. Untuk content Youtube. For my client.

2. I TAK PERNAH PAKSA DIA UNTUK TERIMA JOB NI.

Saya tak paksa Sugu Pavithra 

Selain itu, Anim turut memberitahu beliau wakil dari syarikatnya sendiri dan tidak memaksa pasangan Sugu Pavithra menerima tawaran tersebut

“Ceritanya I call Pavithra 2 kali sahaja. 1 kali Mr sugu angkat, dia ckp Pavithra tak ada. Yang kali kedua, Pavithra ada.

“Then I sampaikan hasrat nak amek dia as my talent. Dia ckp rate dia 10k. For 1 jam. I cakap to dah overbudget to my client. Then kami tamatkan perbualan.”

Dia cakap rate dia RM10,000

“I’m sorry about that. Tapi apa salahnya kalau rate dia 10k? Org tak mampu macam I , cari lah talent lain. Kan? Itu hak dia. And i rasa hak i juga untuk up kan status itu.”

Anim membuat pendedahan itu dibuat menerusi media sosial miliknya sebentar tadi.

Tambah Anim, dia sedar entri tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan warganet.

Hak saya untuk up kan status itu

Namun begitu, Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mohd Khalid menyatakan dia juga berhak untuk bersuara tentang kadar bayaran yang ditetapkan.

“So i buat status on my IG.. itu yang mendatangkan kemarahan orang ramai sebab I mentioned nama dia.”

Saya tanya kenapa dia buat kenyataan sebegitu

“So i called her this morning, minta maaf and tanya kenapa dia buat statement sebegitu (cakap i paksa dan sebagainya) , Pavithra pun said sorry to me, sebab statement tu salah.


 

Mereka keliru dengan tawaran itu

“Husband dia, Mr Sugu yang bg statement tu. So dia akan betulkan semula dakwaan2. Dan stesen tv yang nak shoot dia dengan I adalah 2 entiti yang berbeza.

“Dia confuse tentang itu. Itu sahaja.  Sekian.. jangan marah2 lagi.”

Menjenguk ke laman Twitter Anim, komen netizen sudah dibanjiri dengan reaksi tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dikatakan tidak profesional.

Semoga salah faham yang timbul antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan baik.