“Cukuplah jadi model, biarlah saya jadi suri rumah dan Youtuber saja” – Pavithra

Youtuber Sugu Pavithra mengejutkan ramai peminatnya apabila beberapa keping gambar Pavithra yang mendapat sentuhan magis seorang jurusolek telah tular.

Itu percubaan pertama dan terakhir saya

Ramai yang terkejut dengan wajah Pavithra yang fotogenik dan memuji kecantikan Youtuber itu.

“Itu percubaan pertama dan terakhir saya. Cukuplah sekali saja,” kata Youtuber terkenal, S Pavithra mengulas itu.

BACA: “Persis model profesional” Jurusolek Ini Kongsi Transformasi Wajah Jelita Youtuber Sugu Pavithra

Reaksi Pavithra apabila ditanya mengenai pembabitannya sebagai model dalam sebuah penggambaran Ahad lalu.

Matlamat Pavithra adalah untuk meringankan beban suami

Percubaan itu mendapat perhatian netizen sehingga ada turut menyangka ibu kepada dua anak itu telah beralih arah menceburi bidang peragaan.

Menurut Pavithra, sejak aktif sebagai Youtuber pada Januari lalu, matlamatnya tetap sama iaitu membantu meringankan beban suami , M Sugu, 29.

Saya sangkakan ia biasa saja tapi lain pula jadinya

Ujarnya lagi, dia tidak terfikir untuk menceburi bidang lain termasuk menjadi model kerana menganggap kerjaya itu tidak sesuai dengannya.

“Penggambaran baru-baru ini dijalankan untuk sebuah majalah” ujarnya kepada Harian Metro.

“Saya sangkakan ia biasa saja tetapi lain pula jadinya apabila pelbagai maklum balas diterima daripada pengikut selepas beberapa gambar ketika penggambaran tular di laman sosial”.

Tidak sesuai saja menjadi model biarlah saya jadi suri rumah 

“Tidak sesuai rasanya untuk saya menjadi model jadi biarlah saya jadi suri rumah dan Youtuber saja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia, suami dan anaknya kini masih dalam proses membiasakan diri dengan perubahan dilalui mereka.

Sehari, 50 panggilan diterima dari radio dan media cetak

Pavithra turut menafikan sudah berubah selepas terkenal kerana menganggap masih sama seperti dulu.


“Dalam sehari saja, kira-kira 50 panggilan diterima daripada pengikut selain media cetak dan stesen radio yang mahu menemubual saya dan suami”.

“Terima kasih, saya hargai. Cuma, sebagai manusia saya juga mahu ada peningkatan dalam diri”.

Saya berusaha ke fasa yang lebih baik

“Jadi perubahan dilihat menerusi apa yang paparkan di Youtube seperti berpindah ke rumah sewa dan membeli barangan keperluan, tapi itu bukan bermakna saya sudah berubah tetapi berusaha ke fasa lebih baik”.

“Lagipun, suami sudah berhenti kerja sebagai pemotong buah di estet, jadi kami perlu keluar daripada kuarters dan kini dia mahu fokus bersama saya sebagai Youtuber”.

Jika ada rezeki, kami rancang beli rumah sendiri

“Jika ada rezeki, kami merancang untuk membeli rumah sendiri,” katanya.

Pasangan ini telah menarik perhatian ramai apabila mengetengahkan masakan India tetapi fasih berbahasa melayu.

Bukan itu sahaja, pasangan Youtuber ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mereka dihadiahkan pasangan itu tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Semoga pasangan Youtuber Sugu Pavithra terus berjaya dan sentiasa berkongsi pelbagai resepi masakan dengan pengikutnya.