Perempuan Kena Hidang Makanan Dan Tunggu Lelaki Makan Dulu, Adat Keluarga ‘Ayah Long’ Cetus Pendebatan

Melangkah ke alam perkahwinan pastinya membuatkan setiap pasangan teruja mahu memulakan kehidupan bersama.

Pasangan tinggal sebumbung akan melalui fasa suai kenal dan saling bertolak ansur yang merupakan elemen penting dalam memastikan kesejahteraan rumah tangga yang dibina.

Namun begitu, pastinya setiap dari kita ataupun keluarga mempunyai adat dan peraturan tersendiri.

Peraturan makan di rumah Ayah Long

Berbicara mengenai adat dan peraturan, seorang pengguna Twitter @wanyusri16 ini berkongsi peraturan makan di rumah Ayah Long.

Menerusi perkongsian tersebut, peraturan tersebut pastinya akan disukai kaum lelaki kerana air basuh tangan disediakan, lelaki makan dahulu manakala wanita akan standby jika ada yang tidak cukup.

Lelaki tidak dibenarkan angkat pinggan ke sinki atau mencuci pinggan

Sesudah usai menjamah makanan, lelaki tidak dibenarkan angkat pinggan ke sinki atau cuci pinggan.

Tambahnya lagi, beliau dimarahi oleh Enda (Isteri Ayah Long) sebab cuci pinggan lepas makan.

Tugas lelaki adalah makan sahaja

Katanya tugas lelaki adalah makan sahaja manakala memasak, menghidang dan mengemas adalah tugas wanita.

Lelaki perempuan tak ada diskriminasi

Namun begitu, perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara tersebut.

Malah, ketika ini zaman sudah berubah dimana lelaki dan wanita sama sahaja, diskriminasi jantina tidak seharusnya wujud.