Anak Memancing Hanya Guna Joran Mainan Dapat Ikan Besar

Aktiviti memancing merupakan satu hobi yang biasanya diminati oleh kaum lelaki.

Peminat aktiviti ini selalunya tidak menghiraukan malam atau siang malah mereka yang gemar memancing akan lebih suka untuk memilih tempat percutian yang mempunyai pakej memancing sekali.

Namun begitu, satu perkongsian di laman Facebook Faizal Adha ini pastinya akan menggugat mereka yang digelar ‘kaki pancing’.

Menerusi muat naik oleh Faizal, anaknya yang masih kecil ini hanya menggunakan joran mainan tetapi berjaya dapat seekor ikan haruan besar semasa memancing bersamanya.

“Rezeki tak salah alamat. Dari malam tadi sampai pagi sibuk nak mancing. Terus ayah bawak g kedai beli katak hidup, disuruhnya cangkuk jugak kat joran dia. Tak apalah nak ayah ajarkan sikit-sikit tau.

“10minit kemudian, letup joran ni… Allahuakbar, suka si anak ni..rezeki.”


Rata-rata netizen memuji kehebatan anak kecil ini yang hanya menggunakan mainan tetapi mampu mendapat ikan sebesar itu.