[FOTO] Tak Putus Asa Usaha Cari Jodoh Guna Poster Tepi Jalan, Aziro Selamat Bergelar Suami

Usaha tangga kejayaan, peribahasa yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki yang berusaha mencari jodoh sehingga akhirnya telah selamat bernikah.

Gantung poster ditengah jalan cari jodoh

Sebelum ini, telah tular seorang lelaki berasal dari Terengganu menggantung poster ditengah jalan bagi mencari jodoh.

Akhirnya, usaha Nooraziro Abdullah, 35 atau lebih dikenali sebagai Aziro berhasil apabila dia selamat bergelar suami setelah menemui pasangan yang sepadan dengannya.

Akhirnya lelaki tersebut telah selamat bernikah dengan kekasih hati

Menerusi perkongsian di laman Facebook Gegar, beberapa gambar Aziro yang segak berbaju pengantin bersama isterinya ketika upacara membatalkan air sembahyang telah tular.

“Masihkah kalian semua ingat dengan lelaki banner Noor Aziro? Alhamdulillah dah selamat menikah dengan pilihan hati.

“Kami sentiasa mendoakan agar Aziro berbahagia hingga ke akhirnya. Selamat Pengantin Baru!!!”

Aziro telah selamat bergelar suami kepada kekasih pilihan hati dikenali sebagai Suhaibah atau Ibah, 33, berasal dari Kuantan.

Muka ada iras jodoh panjang

Sehubungan dengan perkongsian gambar-gambar tersebut, ramai yang menitipkan ucapan tahniah diatas pernikahan pasangan pengantin itu.

Malah, rata-rata netizen turut mendoakan agar Aziro dan Ibah kekal bahagia hingga ke Jannah.