“Percutian ‘diekori’ seorang pakcik,” Tindakan ‘Campak Duit’ Dipertikai, Pemuda Ada Alasan Sendiri

Pulau Mabul Sabah memang sudah terkenal dengan penginapan atas air jadi tidak hairan ah ramai yang berkunjung ke sana untuk menikmati pemandangan yang indah selain melakukan aktiviti lain.

Namun lain pula bagi seorang pemuda ini Menurut Syazrul Iman Suhaimi, 27, yang berdepan sebuah pengalaman yang mampu mengajarnya erti ‘bersyukur’.

Memetik laporan mStar, kunjungannya buat kali pertama itu membolehkan dia menyelami gaya hidup penduduk setempat di Mabul yang disifatkannya berbeza dengan senario biasa di semenanjung tanah air.

“Sebelum ini saya pernah ke Sabah tapi ini kunjungan pertama ke Mabul. Sebelum ke sana, saya sudah tahu serba sedikit mengenai persekitaran di sana. Saya pernah tonton video-video berkaitan Mabul.”

“Waktu hari pertama sampai, ada orang datang jual air kelapa kepada saya. Dia datang sendirian, dengan muka kesian dan minta saya beli. Saya pula mudah simpati, dia orang tua. Terus saya beli, tambahan pula dah lama tak minum air kelapa. Apa salahnya bantu dia.”

“Entah bagaimana dia tahu lokasi bilik saya. Bilik itu kebetulan di atas air, buka sliding door terus laut. Pada hari kedua, dia datang lagi. Kali ini dia naik sampan dan bawa dua anak. Kebetulan ketika itu hujan renyai-renyai, lagi saya rasa kesian. Jadi, saya hulurkan RM50,” ujarnya

Tidak hanya menerima komen positif, malah ada juga segelintir netizen meninggalkan teguran atas tindakkan pemuda ini yang melempat duit dari atas jeti ke dalam perahu peniaga kelapa tersebut. Bagaimana pun, pemuda ini tampil menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia melakukan perkara itu.

“Saya tak terfikir nak buat content pun. Saya sendiri kurang aktif di TikTok. Saya sekadar rakam video untuk buat kenangan. Kemudian saya kongsi video itu untuk bagi mesej kepada orang lain agar sentiasa bantu mereka yang kesusahan.”

“Ada orang komen, jangan ajar bagi duit pada mereka. Tapi pada saya, kita boleh bantu mengikut kemampuan. Kalau tak boleh bagi duit, boleh bagi benda lain. Tak semua minta duit, ada yang minta makanan. Saya juga ada bagi Apollo buat mereka.”

“Selain itu, ada juga yang komen, mereka tanya, kenapa baling duit? Abang tu yang minta lempar duit sebenarnya. Kalau nak hulur ke tangan, kena jalan jauh ke tangga jeti. Ataupun, takkan saya nak suruh dia panjat jeti?”

“Ada juga yang kata, bagi dekat seorang, nanti sekampung datang. Tapi saya OK saja, tak ada pun jadi macam tu. Mereka pun tak memaksa.”

“Komen negatif tu wajib ada. Tapi saya tak kisah. Saya abaikan saja. Apa pun, saya terharu sebab ramai yang doakan saya. Bukan niat nak riyak. Saya risau juga orang fikir begitu. Saya cuma nak tunjuk contoh yang baik. Tak dapat bagi banyak, bagi setakat yang kita mampu,” ujarnya lagi.

Tidak serik untuk mengunjungi Mabul, pemuda yang berasal dari Kedah ini pastinya akan mengulangi kunjungan itu suatu hari nanti.

“Melihat kehidupan mereka di sana membuatkan saya lebih bersyukur dengan kehidupan ini. Kalau nak dibandingkan dengan mereka, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.

“Dengan pemberian kita, mungkin boleh buat mereka gembira. InsyaAllah, saya tak serik untuk datang ke Mabul,” ujarnya yang berniaga sendiri di negeri kelahirannya.

Video yang tular:

@syazrul_imanAku xleh la tgk org buat muka kesian dia pulak bwk anak2 hujan2 cmniiiii 🥲🥲♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 118.8K tontonan, 6981 tanda suka, 330 komen dan 144 perkongsian di laman TikTok.