“Papa tak sempat jumpa baby,” 10 Tahun Tunggu Zuriat, Suami ‘Pergi’ Ketika Bantu Mangsa Banjir

Apabila sudah berkahwin, semestinya pasangan suami dan isteri menginginkan cahaya mata pula untuk memeriahkan lagi suasana dalam kehidupan berumah tangga.

Namun tak semua permintaan yang kita pinta dimakbulkan serta merta oleh Tuhan. Ada yang harus menunggu sehingga kian lamanya demi mendapatkan seorang cahaya mata.

Seorang wanita bernama Laila Aqila telah berkongsi kisah sedihnya di mana suaminya pergi menghadap ilahi semasa membantu mangsa pasca banjir di Bukit Lanchong pada 5 Januari yang lalu.

Yang lebih menyayat hati wanita tersebut apabila suaminya, Mohd Ikram, yang juga bekerja sebagai pembantu kesihatan awam tidak sempat untuk bertemu anak yang dikandungnya selepas 10 tahun mereka menantikan zuriat mereka yang pertama.

@laila_aqila86 Al-Fatihah buat suamiku Mohd Ikram bin Bakri @wakgautoparts , perginya saat bertugas🥺#mbsj #bukitlanchong #pascabanjir #ilovemyhusband4ever ♬ Ya Allah – Wali

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Laila, dia dan suami sempat membuat pemeriksaan kandungan. Jantina bayi yang dijangkakan akan dilahirkan lebih kurang dua bulan lagi itu adalah lelaki.

Namun apakan daya, suaminya tidak sempat untuk menemani dirinya meyambut detik-detik bahagia itu. Laila juga berharap agar dia diberi kekuatan untuk tabah mengharungi ujian sulit itu demi bayi yang akan lahir nanti.

Dalam video yang lain, Laila juga sempat menzahirkan rasa rindunya kepada Ikram sambil berkongsikan beberapa keping gambar mereka berdua semasa arwah masih hidup.

@laila_aqila86 Allahuakbar..sesaknya dada menahan RINDU😭😭@wakgautoparts #ilovemyhusband4ever #sayangsampaimati ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Video TikTok berdurasi 20 saat yang mengudang sebak ramai itu telah meraih sebanyak 561 ribu jumlah tontonan, 27.9 ribu tanda suka dan 2198 komen!

Video yang tular di laman TikTok

@laila_aqila86 Sedih sbb perlu hidup sendiri dgn anak dlm kandungan 😭😭#ilovemyhusband4ever #ttc10years #fyp #ttcbaby1 ♬ original sound – Noktahcinta10

Apabila melihat ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Laila terus kuat dan tabah menjalani kehidupan bersama anaknya nanti walaupun tanpa suami di sisi. Netizen juga mendoakan agar segala urusan Laila dipermudahkan oleh Allah SWT.

Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“semoga tabah kak, saya pun bru je suami meninggal sebab C-19 tengah sarat 8 bulan mse tu.. sekarang ank da 4 bulan 😌”

“bersabar ye dik…Allah tahu awak kuat .sebab itu dia uji awak…kuat demi ank..selalu fikir positif..ye syg😭😭sbb akak pernah alami semua tu”


“🥺sedihnya sis..sy pun ttc 10thn juga..sy sllu kt husband..sy rela ujian pnantian..tpi sy tkut khilangan😭smoga sis kuat ya..dprmudahkan sgala urusan”