Connect with us

Viral

Penjual Bundle Mengamok Siap Koyakkan Baju Gara-Gara Pembeli Minta Harga Lebih Murah

Pada masa kini, ramai peniaga yang sudah berjinak-jinak mempromosikan barangan jualan mereka secara ‘live’ di platform Facebook, Instagram dan juga TikTok.

Secara tidak langsung, ianya lebih menarik minat pembeli apabila kita boleh menunjukkan secara ‘live’ kondisi dan rupa barangan tersebut. Bukan itu sahaja, pembeli dan penjual boleh berinteraksi sesama mereka.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga baju terpakai dilihat ‘mengamuk’ di ‘live’ TikTok setelah ada pembeli di ruangan komen yang melakukan tawar menawar menyebabkan lelaki ini tidak puas hati.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tembaktar, dapat kita lihat lelaki tersebut menendang patung ‘mannequin’ yang terjatuh.

Dia mengatakan baju yang dipromosikan itu tidak dapat dijumpa di tempat lain dengan harga rendah iaitu RM40.

Dengan nada yang tinggi, dia memaklumkan sudah hampir gila melayan karenah pelanggan dan ingin berhenti menjual barangan terpakai.

Dia turut menepis timbunan baju terpakai sehingga jatuh berselerakkan malah memberitahu bahawa perniagaan tersebut takkan ada untung jika pelanggan hanya ingin membeli baju dengan harga yang rendah.


Tidak cukup dengan itu, dalam keadaan yang masih marah, lelaki ini bertindak untuk mengoyakkan dua helai baju termasuklah baju yang telah di ‘booking’ oleh pembeli bahkan meminta pembelinya untuk membeli pada orang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan kita perlu bersabar dalam mencari rezeki.

Ada juga dikalangan peniaga bundle yang akui memahami perasaan lelaki ini namun peniaga juga menasihatkan lelaki ini agar tidak membuka slot untuk ‘membida’ atau letakkan harga minimum untuk baju tersebut agar pembida tahu untuk meletakkan harga yang sesuai.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang memaklumkan lelaki ini beruntung kerana jika tidak laku, baju tersebut tidak akan basi. Berbeza pula dengan mereka yang jual makanan dimana makanan tersebut akan basi jika tiada pembeli. Jadi, perlu sentiasa bersyukur dan bersabar dengan ujian dalam dunia perniagaan.

Antara komen warga maya:

“dalam berniaga kena banyak sabar”

“kau dok jual baju, baju kau tak basi.. aku jual nasi, lauk gulai tak laku tak habis, tak boleh jual dah esok.. tapi aku tak teraburkan gulai, nak sumpah customer”


“daripada boleh jugak 40, 80 ringgit.. koyak macam tu sekupang tak boleh”

“orang lain jual bundle dia pon nak jual juga sebab tu jadi macam tu”

 

Video yang tular:

@tembaktar Ujian dalam mencari rezki .. allah nk bagi yg lebih baik.. bersyukur pada rezki allah.. #tiktokmalaysia #bundlemalaysia #sellermarah #fyp #fypシ ♬ original sound – tembaktar – 6 to 6

Sekadar info, penjual bundle selalunya akan membuka slot ‘membida’ dimana pembeli akan bid harga dan baju akan diberikan pada pembeli yang meletakkan harga yang sesuai.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)