Oyster ‘Lebam’ Punca Keracunan Makanan, Dakwa Warganet Makan Di Medan Selera Viral

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan variasi makanan ‘viral’ dengan harga yang mampu milik dan unik. Namun begitu, terdapat beberapa premis makanan yang masih memandang rendah mengenai isu kebersihan seperti menawarkan makanan yang tidak selamat untuk dijamah.

Menerusi laporan OhMedia, isu ini mula tular apabila seorang TikToker membuat satu perkongsian makan di sebuah kedai menjual kerang bakar dan oyster di salah satu medan selera di Petaling Jaya.

Ekoran video tersebut, ramai warganet yang mengaku bahawa mereka pernah makan di premis makanan terbabit.

Walau bagaimanapun, mereka sebaliknya turut berkongsi mengenai pengalaman buruk mereka selepas nikmati oyster di kedai berkenaan.

Menerusi satu ciapan di Twitter yang dibuat oleh pengguna @ishapunyatwt, dia menerangkan komen-komen netizen mengenai pengalaman pahit yang dilalui mereka.

Difahamkan, ada beberapa individu yang mendakwa bahawa mereka terkena keracunan makanan disebabkan makan oyster di situ.

Bukan seorang dua, malah rupanya ramai yang mengalami nasib yang sama!

Pengguna Twitter tersebut turut mencadangkan bahawa mereka yang terkena keracunan makanan untuk membuat laporan terhadap pihak terbabit .

Hal ini disebabkan isu keracunan makanan ini merupakan isu yang serius dan boleh menyebabkan kematian (makan oyster mentah).

Ada juga segelintir warga maya berkata oyster di medan selera tersebut tidak segar memandangkan warnanya yang sudah ‘lebam’.

Oleh itu, jika mereka ingin merasa oyster yang segar perlulah pergi ke kedai yang mempunyai display oyster tersebut masih hidup, bukannya frozen.

Salah seorang pelanggan premis tersebut turut berkongsikan sekeping gambar menunjukkan keadaan oyster yang dihidangkan jelas kelihatan sudah berwarna coklat dan tidak segar untuk dimakan.

Menjengah di ruangan komen video tular itu, rata-rata warganet meluahkan rasa takut untuk makan di sana kerana muncul di ‘FYP’ TikTok banyak video yang memaparkan pelanggan lain yang mengalami keracunan makanan selepas menikmati oyster di situ.

Antara komen netizen:

“😭Baru nampak orang post kena cirit birit teruk lepas makan sini😭. Tqchoodd”

“baru keluar fyp someone kena food poisoning makan kat sini 🥺”


“Tgok oyster wrna hitam cmtu tk fresh🥺 hmm”

“datang dari video orang kena food poisoning, dan terfikir dia tak sakit ke after makan sbb benda tu nampak hitam 😳”

 

Ciapan yang tular di Twitter:

 

Video tular di TikTok:

@lianausm96 Cheap Oysters?!?! Run bestie run!! 🤩🤭 • • #myfoodie #makanlokal #makananviral #foodreview #foodexploration #foodietiktok #fyp #foryoupage #malaysia #tiktokmalaysia #léatheexplorer #viral #makanlokal ♬ original sound – Léa ✨🍱🍜🍨