Demi Memiliki Motor RX-Z, Lelaki Ini ‘Swap’ Dengan Sebidang Tanah Lot Buat Ramai Terkejut

Seperti yang kita tahu, nama motorsikal Yamaha RX-Z sering menjadi bualan dek kerana harganya yang semakin hari semakin meningkat.

Manakan tidak, sebelum ini pun ada yang menawarkan motor tersebut dengan harga mencecah RM70,000 berikutan penggunaan barangan original sepenuhnya.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini juga telah berlangsungnya satu acara ‘RX-Z Members’ yang berlokasi di Terengganu menyaksikan peminat motorsikal model ini di seluruh negara turun memeriahkan acara tersebut.

Terbaru, terdapat satu berita yang menggemparkan warga maya apabila Yamaha RX-Z berjaya terjual dengan tukaran dengan sebidang tanah lot di negeri Kelantan.

Pengumuman ini dikongsikan oleh Facebook Nikmohdzulkiflee Lee menerusi Facebook Group jual beli RXZ.

Difahamkan, motorsikal RXZ yang ditukarkan dengan sebidang tanah lot itu adalah jenis Catalyzer dan mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehingga tahun 2011.


Pada awalnya, ramai netizen yang tidak mempercayai berita tersebut dan menanggap ianya hanyalah sekadar konten semata-mata. Yelah, sanggup menukarkan tanah demi sebuah jentera RX-Z Catalyzer.

Bagaimana pun, terdapat sebuah lagi perkongsian yang mana dia menepis segala dakwaan dan mengesahkan pertukaran nama tanah lot seperti yang dijanjikan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut dengan pertukaran yang dilakukan bahkan memberikan pendapat masing masing.

Pun begitu, pihak yang berkongsi tidak memaklumkan sebarang nilai semasa Yamaha RX-Z Catalyzer mahupun tanah lot yang berada di negeri Kelantan itu.

Melihat kepada jumlah peminat yang ramai beserta jumlah model ini yang semakin berkurangan berikutan sudah dihentikan pengeluaran, tidak mustahil harga model RX-Z akan terus melambung sekiranya terdapat peminat yang sanggup mendapatkannya dengan harga yang tinggi.