Troli Meluru Laju Dari ‘Travelator’ Pasar Raya, Beberapa Pungunjung Dirempuh Buat Netizen Cemas

Apabila bersesak-sesak di pasar raya, apatah lagi bila tiba musim perayaan, tertikar troli, berlanggar antara satu sama lain tu perkara biasa.

Namun lain pula dengan kisah ‘rare’ yang tular baru-baru ini dimana pengunjung yang kena langgar dengan troli mencuri perhatian ramai.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @user8836264941608ali, dapat kita lihat dua individu di Singapura ini kena ‘langgar lari’ dengan troli pengangkut barang ketika sedang turun ke tingkat bawah menggunakan travelator.

Dapat kita lihat, mereka terlentang di atas travelator selepas dirempuh malah seorang kakitangan wanita pasar raya berkenaan dilihat kelang kabut ‘mengejar’ troli berkenaan yang ketika itu sudah pun sampai ke tingkat bawah.

Dalam masa yang sama, seorang lagi staff menekan butang kecemasan yang disediakan untuk menghentikan travelator.

Dalam video sama, dapat dilihat pengunjung pertama yang menjadi mangsa dirempuh pada bahagian kanan badannya sebelum terlentang.

Bagaimanapun, pengunjung pertama yang dilanggar dilihat masih mampu bereaksi dan terpinga-pinga dengan kejadian itu.

Pun begitu setakat ini tidak dapat dipastikan berapa jumlah mereka yang menjadi mangsa rempuhan troli tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@user8836264941608ali♬ original sound – user8836264941608

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.3M tontonan, 123.3K, 5000 komen dan 6850 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan mereka yang terlibat dalam rempuhan tersebut dan berharap agar tiada apa-apa kecederaan yang serius.

Berikut antara komen warga maya:

“kesian kawan kat bawah tu.. mesti dia tertanya tanya apa salah dia”

“mesti terpinga pinga keduanya.. tiba-tiba sakit..”

“pegawai lalai.. kesian yang orang paling bawah..”