“Terus buang kopiah” Malu Disentuh Pengajar Wanita, Gelagat Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Siapa yang pernah sambung belajar mesti ada pengalaman kelakar yang dilalui bersama dengan kawan-kawan satu jurusan.

Kalau bukan diri sendiri yang dibahan, mesti orang lain yang dibahan. Sampai tak kering gusi dibuatnya!

Bak kata orang, kenangan itu sememangnya tiada tarikh luput bukan? jadi ciptalah banyak kenangan dengan rakan-rakan kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki mengusik rakannya yang sedang belajar cara menyelamat dengan seorang pengajar perempuan mencuri perhatian ramai.

Dapat kita lihat, lelaki tersebut malu-malu apabila berdepan dengan pengajar tersebut sementara rakan yang lain mengusik dan mengetawakan gelagatnya itu.

Bukan itu sahaja, kelihatan dia ‘naik sheikh’ apabila wanita tersebut tiba-tiba memegang tangannya untuk mengjarnya teknik dan posisi yang betul malah dia juga membuka koiah yang dipakai dan memberikan kepada kawannya untuk pegang sementara dia sedang belajar.

Dia juga seakan-akan tidak boleh meneruskan sesi pembelajaran tersebut apabila pengajar itu memegang bahunya untuk memastikan dia membuat tugasan itu dengan sempurna dan tepat.

Ketika artikel ini ditulsi, video tersebut telah meraih 2.9M tontonan, 315.6K tanda suka, 2117 komen dan 3051 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah lelaki tersebut yang malu-malu sewaktu berdepan dengan tenaga pengajar itu.

Bukan itu sahaja, malah ada yang mengusik pelajar tersebut dengan mengatakan mungkin imannya gugur melihat wanita tersebut.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh mengatakan jika betul-betul perlu melakukan CPR dan dia masih malu-malu melihat wanita jawabnya memang meninggal dahulu mangsa.

Berikut merupakan komen warga maya:

“gugur iman member”

“terus simpan kopiah”

“Akak tu pon satu sentuh ii hmm… Aq kena cmni dpn org rmai malu siakk…. Tpi bgus abg tu, jaga kehormatan kopiah”


” ayah dulu jumpa mak, kepiah pun hilang”

“macam tu lah kisah mama dan papa dulu ank: wauu”

“tahu tahu meninggal dah mangsa”

“aku tengok banyak kali terhibur pun banyak kali. adoii sakit perut gelak ”

“aku suka cara dia melindungi kopiah supaya tidak menjadi tomahan.. semoga Allah melindungi mu”

“dia nak jaga kesucian kopiah tu.. takut sbb apa Yg dia buat tu.. kopiah tu yg kena judge..”

“aku pun dulu mcm tu jugak malu ii tpi klau dh emergency pikir nyawa org tu dah, srs penat”

Video yang tular di laman TikTok:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

@marwanzahariTerus Buang Kepiah♬ original sound – Marwan Zahari

@marwanzahari Reply to @suhail_xx93 ♬ original sound – Marwan Zahari