Pengantin Seram ‘Unboxing’ Hadiah Kahwin, Terjumpa Barang Lama Berhabuk & Usang

Bila habis sahaja majlis persandingan, tentunya bakal pengantin akan mengadakan sesi ‘unboxing’ hadiah dimana dia akan membaca setiap ucapan yang diberikan dan membuka hadiah yang diberi.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana salah satu hadiah yang diperoleh pengantin ini dilihat sangat berhabuk dan tidak wajar dijadikan hadiah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ninaaa, dapat kita lihat dia sedang berada di ruang tamu untuk sesi pembukaan hadiah.

Pada awalnya dia kelihatan sangat gembira membuka hadiah yang diberi oleh keluarga, rakan dan tetamu yang hadir.

Bagaimana pun, situasi berubah suram apabila dia membuka satu hadiah dimana hadiah tersebut merupakan thermo pot namun dalam keadaan yang sangat teruk dimana ianya berbau dan terdapat sarang labah-labah.

“Meh sini nak cerita dapat hadiah kahwin yang misteri + buruk, duk happy happy buka hadiah tiba-tiba..”


“Hadiah ni i tak tahu siapa bagi tak ada nama, tak ada kad.. kotak besar dan dibalut kemas je.. buka buka kotak tengok thermo pot (i google) yang dah lama, model pun lama i tak tahu kedai mana ada jual lagi mungkin barang second hand tak tahu la”

“Buka isi dalam berhabuk, sarang labah-labah, berbau sikit dan kotor macam dah lama” tambahnya lagi

“Keluarga i tak bagi pegang, semua duk check dan tengok, last sekali keluarga i buang rasanya.. Sorry kepada pemberi kitorang rasa pelik dengan hadiah awak bagi”

Bagaimana pun, wanita ini tetap berterima kasih dan menghargai pemberian tersebut namun atas dasar keselamatan diri sendiri dan ahli keluarga, wanita ini terpaksa bertindak untuk buang hadiah tersebut.

“Tq sangat kepada pemberi saya appreciate awak nak bagi hadiah tapi sorry sangat2 saya terpaksa buang” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui seram dan curiga melihat kondisi hadiah tersebut yang dilihat sangat usang.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendakwa mungkin itu adalah hadiah kahwin ‘recycle’ yang diberikan oleh tetamunya.

Antara komen warga maya:
“Hadiah kahwin dia 10 tahun lepas kot. Tak guna-guna, simpan dalam stor. Tu yang dia hadiah kat awak pulak.”

“Mungkin takde duit nak beli baru. Sebagai kawan tetap bagi mana yang mampu…”


“Saya punya hadiah pulak tuan yang bagi hadiah tu punya hadiah kahwin dia dulu, bila bukak siap ada kad ucapan tahniah nama dia and pasangan lagi.”

“Ni mesti hadiah recycle ni…”

Video yang tular di laman TikTok:

@ninaaanana Tq sgt kpd pemberi sy appreciate awk nk bgi hadiah tp sorry sngt2 sy terpaksa buang 😭🙏🏻 #fyp #misteri ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects