‘Mengamuk’ Anak Diganggu, Aksi Kucing ‘Pujuk’ Anjing Kerana Salah Faham Raih Perhatian

Peribahasa Melayu ada mengatakan ‘bagai anjing dan kucing’ yang merujuk kepada mereka yang selalu bertengkar atau sering bermusuhan. Pun begitu ianya tidaklah seperti yang disangka.

Ada juga diantara kita yang bukan muslim memilih untuk memelihara kedua-duanya sekali.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor ibu kucing ‘salah faham’ dengan tindakan seekor anjing mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mr_mondou, terdapat seekor anjing, seekor ibu kucing dan anaknya di dalam sebuah rumah.

Bagaimana pun, kucing dewasa bertindak aggresif terhadap anjing tersebut kerana menyangka anjing tersebut mencederakan anaknya yang masih kecil bagaimana pun ianya hanyalah salah faham dan si anjing tidak bermaksud melakukan perkara buruk pada anak kucing itu malah hanya ingin bermain sahaja.


Selepas kucing tersebut mengetahui semuanya dalam keadaan baik, si bulus itu terus meluru ke arah anjing dengan nada yang agak manja sambil mengusapkan kepalanya ke badan anjing seolah-olah meminta maaf dengan apa yang berlaku.

“Binatang lagi pandai berfikir dan minta maaf kalau sedar sudah salah faham daripada manusia.. perkataan minta maaf tu semakin hilang..” ujarnya di ruangan kapsyen.

Lelaki ini juga percaya bahawa kucing tersebut tidak bermaksud untuk bertidak aggresif sebaliknya hanya melindungi anaknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan kucing tersebut sangat comel apatah lagi bijak memujuk semula si anjing.

Bukan itu sahaja, netizen bukan sekadar membandingkan situasi tersebut dengan masyarakat masa kini malah netizen juga berseloroh membandingkan kucing tersebut dengan perempuan yang sentiasa ‘mahu betul’ dan tidak pernah ‘mengaku salah’.

Antara komen warga maya:

“kalau perempuan lain cerita”

“aww comel je dia  minta maaf”


“dia hanya melindungi anaknya hingga salah faham.. anjing tu nak main2 ngan anak dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@mr_mondou Binatang lagi pandai berfikir and Minta maaf kalau sedar sudah Salah faham dripada manusia..perkataan Minta maaf Tu semakin hilang..#animalsoftiktok #fyp #attitude ♬ original sound –