Connect with us

Viral

“Penat stay up tu,” Kucing Selamba Tidur Atas Meja Dalam Kelas Buat Ramai Terhibur

Kucing dan perangai comel berpisah tiada. Dalam sehari-hari ada saja yang mahu dibuatnya.

Bukan sahaja terkenal dengan sifat manja, ia juga mampu menceriakan hari yang suram.

Kebelakangan ini juga sering muncul video-video lucu kucing dimuat naik ke media sosial membuatkan ramai terhibur dengan keletah kucing-kucing tersebut.

Persis gelagat seekor kucing ini yang sedang lena dibuai mimpi di dalam kelas seorang guru.

Aksinya itu sempat dirakam oleh seorang guru sebelum kucing tersebut sedar dari nyenyaknya.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Sarawak itu telah berjaya mencuit hati ramai netizen. Netizen turut berdekah melihat kucing yang sedang nyenyak tidur di sebuah meja yang ada di dalam kelas tersebut.

BACA: Jalan2 Naik Motor Siap Pakai Kaca Mata Hitam, Gelagat ‘Behave’ Oyen Raih Pujian Netizen

Dalam video yang dikongsi oleh @syamillutfi, pelajar yang sedang belajar di dalam kelasnya sedar akan kewujudan anak bulus tersebut namun mereka pun hanya biarkan sahaja kucing tersebut tidur.

Mereka kelihatan seperti sudah terbiasa dengan perangai si kucing. Umpama nampak member yang biasa tidur semasa kelas sedang berjalan.

Namun apa yang mengundang dekah ramai adalah reaksi yang diberikan oleh kucing tersebut apabila dikejutkan oleh guru itu. Reaksinya terpinga-pinga dan berhenti berfungsi seketika apabila melihat semua pelajar sudah mula bergerak meninggalkan kelas.

Oleh kerana kucing tersebut berkelakuan baik dan tidak menganggu sesi pembelajaran di dalam kelas, dia tidak dihalau keluar oleh pelajar mahupun guru tersebut.

Malah, para pelajar dan guru di situ membiarkan dan memerhatikan sahaja gelagat kucing tersebut. Kucing itu juga kelihatan seperti terlalu penat. Entah apa yang dibuatnya sampai tertidur di dalam kelas. Mungkin sebab itu dia dikejut di saat-saat akhir kelas.

Video yang membuat ramai terhibur ini tular dengan mengumpul tontonan sebanyak 91.1 ribu dan 12.3 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@syamillutfi Bila budak asyik tido dlm class #kuchingsarawak #kucing #kucingtiktok ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Menjengah ke ruangan, netizen masing-masing berseloroh dan memanggil kucing tersebut pemalas kerana masuk kelas tapi tak belajar. Namun kebanyakannya lebih terhibur melihat reaksi muka yang diberikan oleh kucing tersebut setelah dikejutkan dari tidurnya.

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“itu namanye kucing malas😂”

“la kok kucing bisa masuk ke sekolah 🗿”


“murid tengah tido ❌ kucing tengah tido ✅”

“Look at his face😂😂 when the cg say “kelas habits”😂😂😂😂”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)