Kereta Biasa2 Je Tapi Isteri Penuh Emas, Netizen Terharu Melihat Pasangan Ini

Wanita yang sudah berumah tangga sudah pastinya mahu dilayan seperti bidadari oleh imam yang dipilihnya. Mungkin si isteri tidak menzahirkan keinginannya itu direct kepada si suami, namun jauh di sudut hati siapa yang tahu?

Ramai juga para isteri yang sanggup susah senang bersama suami mereka. Walaupun tidak mewah, cukuplah sekadar diberi layanan yang sempurna dari suami tercinta sebagai tanda menghargai si isteri.

Sama seperti kisah cinta wanita ini bersama suaminya, walaupun suaminya berkereta sederhana, namun effort yang diberikan untuk membahagaikan permaisuri kehidupannya itu sungguh menakjubkan sehingga mampu membuat ramai sebak dan terharu melihatnya.

Video yang dimuat naik oleh Nisa Suhaila telah memaparkan suaminya memberikannya kejutan sebelum mereka singgah di sebuah pantai. Kejutan tersebut disorok di dalam but kereta.

Oleh kerana Nisa duduk di tempat penumpang, dia diminta oleh suaminya untuk pergi melihat ‘sesuatu’ di dalam but kereta mereka. Rupa-rupanya but kereta tersebut penuh dengan helaian bunga kertas berwarna merah dan sebuah beg kertas!

Bukan itu sahaja, malah terselit sekeping nota mengatakan “SORRY”. Setelah dibuka beg kertas tersebut, Nisa dihadiahi seutas jam tangan berjenama Alba oleh suaminya itu.

Dia turut tidak menyangka akan menerima kejutan sedemikian. Nisa dilihat tersenyum gembira dan hampir sebak mendapat hadiah tersebut dari suami tersayang.

Nisa turut mencium tangan suaminya itu tanda berterima kasih dan menghargai atas pemberian ikhlas tersebut.

Sejak video tersebut dikongsi, ianya tular dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 713.3 ribu dan 68.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@niesaregaeTerima kasih suami ku 🥲♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Di ruangan komen pula, ramai yang memuji sikap suami Nisa. Walaupun berkereta biasa-biasa je, tapi dia tetap berusaha untuk membahagiakan Nisa dan mencantikkan isterinya itu. Selain itu, netizen turut mendoakan kebahagiaan pasangan suami isteri tersebut.

Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“biar kereta buruk tapi wife penuh emas aaagitchuu 🥰. nampak bahagia tu wife dia.”

“Kereta lawa pun blm tentu janjikan kebahagiaan mcm ni ✅.. Beruntung nya wife dia ni Hehe..”


“Wife penuh emas nokk…. Don’t judge a bookk by its cover🥰”

“Walau kereta biasa tp dia cntikkan wife dia & usaha mmbhgiakn wife dia. Respect 👍🏼”