Jalan2 Naik Motor Siap Pakai Kaca Mata Hitam, Gelagat ‘Behave’ Oyen Raih Pujian Netizen

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren atau lebih dikenali sebagai ‘Oyen’. Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen sedunia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana oyen kelihatan sangat ‘behave’ ketika dibawa keluar jalan-jalan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rostikadewi4, kelihatan oyen dibawa keluar bersiar-siar oleh tuannya dan si bulus itu diletakkan di dalam bag kucing yang boleh digalas oleh tuannya.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah oyen ini dipakaikan kaca mata hitam ketika menaiki motor dan dia kelihatan sangat behave dan tidak merasa terganggu dek kerana kaca mata tersebut bahkan dia kelihatan sangat comel memakainya.

Menerusi video lain, si bulus ini juga kelihatan jalan mengesot seperti ular ketika dibawa berjalan dan memijak rumput malah ada netizen yang berseloroh mengatakan gayanya itu seperti sedang melakukan latihan untuk menjadi kucing polis.

Berikut merupakan video yang tular:

@rostikadewi4 Enaknya dibawa jalan jalan kemana niiihhhhh bestieee ?? 🙈 #fypシ #kucinglucu #kucingoren #kucingtiktok ♬ sonido original – .

@rostikadewi4 Kochenk ngesot 🤣 #fypシ ♬ original sound – Radar Bekasi

Siapa sangka, ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 1.5M tontonan, 131.4K tanda suka, 2006 komen dan 3535 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan sikapnya yang hanya duduk diam apabila dibawa keluar bersiar-siar menaiki motorsikal.

Dalam masa ayang sama, para netizen juga menyifatkan kucing mereka berbeza dengan si bulus ini dimana ianya akan bertempiaran lari apabila mendengar bunyi motor apatah lagi jika mahu membawa menaiki motorsikal.

Berikut merupakan komen warga maya: