“Canggih patung boleh gerak,” Gadis Jadi Patung Untuk Peraga Baju Buat Lelaki Ini Konfius

Macam biasalah orang kita. Bila dah masuk hari-hari terakhir ramadan, kita pun pakat sibuklah membuat persiapan hari raya kan?

Ada yang cari kuih raya, ada yang baru nak shopping baju raya. Shopping mall sekarang ni mesti tengah sesak!

Lebih kurang sama situasinya dengan kejadian yang terjadi kepada seorang pemuda ini apabila dia tiba-tiba ternampak ada patung bernyawa!

Tiga ‘patung’ itu cantik berdiri menghadap cermin hadapan kedai bertujuan untuk memperagakan busana yang dijual oleh kedai itu.

‘Patung’ yang sebenarnya manusia itu dilihat bergerak sambil bersembang-sembang antara satu sama lain.

Mungkin kerana terlalu ingin tahu, pemuda ini terus mendekati cermin kedai dan melihat depan-depan untuk mencari kepastian.

Selain itu, langkah yang diambil oleh tuan kedai turut dianggap unik. Mungkin dia menganggap mannequin terlalu klise.

Untuk menarik perhatian ramai, tuan kedai pun mengambil model-model yang terdiri daripada gadis-gadis yang ayu semuanya.

Walaupun belum sampai tempoh 24 jam video itu dimuat naik oleh @avocadamn_, namun ianya berjaya meraih tontonan sebanyak 488.8 ribu dan 55.2 ribu tanda suka!

Dengan gayanya yang selamba, video ini mengundang dekah ramai pengguna laman TikTok!

Video yang tular di laman TikTok

@avocadamn_ sedang mencari kepastian🤔#fyp #raya ♬ оригинальный звук – snauzk

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gaya spontan pemuda itu. Ada juga yang berseloroh ingin membeli ‘patung’ itu dan dibawa berjumpa dengan ibu mereka!

“Patung dah balik raya awal, staff yg cover 🤣🤣🤣”

“Hi saya lah tu patung hijau😂”


“ni kes kilang tutup x jual patung dh 😂”

“kepada semau lelaki yang nak belih patung tu dah habisss stock 😂😂😌”

“WEH TERKEJUT AKU AHAHAHAHAHAHAH”

“patung abis stock😔🗿”

“bole bwk balik tak patung Tu🗿NAK bagi kat mak🗿”

“brpe lah gaji dia untuk tahan gelak”

“Pergi kedai beli baju❎ Pergi kedai beli patung✅”

“saye nk beli org yg pakai baju tu sekali”

“canggih zaman sekarang patung pon boleh gerak”