Lelaki Aneh Datang Ke Kedai Vape Siap Bersayang-Sayang, Tiba-Tiba ‘Ghaib’ Bila Polis Sampai

Benar kata orang, bahaya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Terkadang kita rasa tempat kerja kita dah selamat tapi siapa sangka disitu pun boleh mengundang bahaya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana datang seorang lelaki berbaju hijau di sebuah kedai rokok elektronik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mannamelynna93, kelihatan lelaki tersebut pada awalnya dia tenung ke arah wanita ini dan ada kalanya berdiri tegak melihat mereka berdua.

“Dia ni tiba2 datang berdiri tegak pandang semacam. Masa tu adik aku dah cuak then terus duduk kat sofa. Kat sofa tu dia tenung lagi kitorang dah tak boleh nak rileks dah la” katanya

Wanita ini juga berang apabila lelaki tersebut mula bertanyakan tentang anaknya yang juga berada di situ kerana risau jika lelaki itu melakukan perkara yang tidak diingini kepada anaknya.

Dapat kita lihat, lelaki tersebut mula menggunakan panggilan ‘abang sayang’ dengan wanita ini . Lelaki itu mengatakan dia tidak mabuk dan ingin pergi mencari duit untuk ‘sayang’ sambil menunjukkan ke arah wanita tersebut.

Wanita ini juga menggunakan helah ‘psyco’ untuk menghalau lelaki tersebut daripada kedainya sementara adiknya menghubungi polis.

“Aku dah berjaya halau dia cepat-cepat suruh adik kol polis.. adik pun dah senyap2 whatsapp orang minta tolong.. masalahnya kitorang menggelabah gila sangat masa ni.. otak macam tak boleh berfungsi..”

“Adik sempat capai hammer je.. in case tak ada pilihan sangat masalahnya kalau ada barang pape pun, kitorang bukan tahu nak berlawan ke apa.. aku terpaksa psycho sebab aku pikir2 kalau aku ketuk dia dengan hammer, dia pegang hammer ketuk aku balik apa tak dapat kang” cerita wanita ini lagi

Dapat juga kita lihat lelaki tersebut pusing mengelilingi kereta wanita ini berkali-kali dan masuk semula ke dalam kedai tersebut.

“Dia masuk balik je aku nak cakap dengan polis pun dah berterabur.. dari panggil tuan, panggil abang juga dengan polis tu.. sampai alamat kedai sendiri pun aku dah tak ingat..”

“Alhamdulillah customer masuk terus halau dia and minta tolong customer stay sampai polis datang.. dia pandai.. dia tunggu dekat semak mengendap tunggu customer tu keluar dari kedai tapi bila polis sampai dia dah hilang..”

Menerusi rakaman CCTV, dapat kita lihat lelaki tersebut berada di dalam semak samun namun apabila pihak polis cuba mencari, dia dikatakan hilang dan tidak dapat dijumpai.

Pihak polis juga meminta wanita ini untuk lebih berhati-hati malah memaklumkan mereka akan kerap membuat rondaan di kawasan tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@mannamelynna93 #trauma #creepy ♬ original sound – 🎀MANNAMELYNNA🎀

@mannamelynna93 PART 2 @tira #trauma #creepy ♬ original sound – 🎀MANNAMELYNNA🎀

@mannamelynna93 @thyrahx #trauma #creepy ♬ original sound – 🎀MANNAMELYNNA🎀

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seram melihat lelaki tersebut yang seolah-olah mabuk dan khayal.

Dalam masa yang sama, para netizen juga meminta mereka yang bekerja sehingga lewat malam lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Berikut merupakan komen warga maya:

“betul tindakan awak psiko dia.. orang macam ni kena layan jiwa dia sementara pihak berkuasa sampai..”

“nanti buatlock pintu macam 7e..”

“agak nya lalaki ni dah lama mengintai dekat adik.bila org dah kurg,dia cuba2 lah masuk dan kacau adik.”