Sempat Minta Maaf Pada Peminat, Perubahan Fizikal Zamani Raih Simpati Ramai

Siapa tak kenal Zamani Slam atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim iaitu seorang penyanyi pop rock lelaki berpengaruh popular dari Malaysia.

Beliau mula mencipta nama menerusi kumpulan pop rock terkenal 90-an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999.

Terdahulu, kita dimaklumkan tentang keadaan kesihatan Zamani yang mengidap tulang belakang melengkung iaitu skoliosis.

Baru-baru ini, seorang peminat pelantun lagu Tak Mungkin Berpaling telah menghadiri sebuah acara iftar yang dipersembahkan oleh penyanyi itu sendiri.

Video yang dimuat naik Anna Soffia itu telah menarik perhatian ramai bukan hanya kerana bakat besar Zamani, namun kerana perubahan fizikalnya yang cukup mendadak!

Video memaparkan tulang belakang Zamani sudah semakin timbul mengakibatkan penyanyi itu tidak dapat bergerak dan berdiri dengan betul.

Walau bagaimanapun dia dilihat masih gagah menghiburkan peminatnya meskipun dalam keadaan yang kurang sihat.

Menurut Anna lagi, Zamani sempat memohon maaf kepada para peminat andai kata tidak dapat menghiburkan seperti sebelum ini.

Anna mengaku dirinya turut sebak mendengar kata-kata penyanyi itu meskipun baginya suara Zamani masih merdu dan lunak didengar.

Sejak video itu dikongsi semalam, ia tular dengan meraih tontonan sebanyak 494.9 ribu dan 23.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@annasoffiya 🦋🌼🍃🌹#iftar2022 #fypシ #fyp #foryou ♬ original sound – Anna Soffia

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut bersimpati dengan tahap kesihatan Zamani.

Dalam pada itu netizen mendoakan agar penyanyi kegemaran mereka itu diberi kesihatan yang baik dan sembuh daripada penyakit yang dihidapnya.

Berikut  antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“semakin bongkok dan timbul tulang belah belakang pasti terseksa abg Zamani tp dia masih kuat hibur kan kita semua…Moga Allah permudahkan segalanya”

“lagend is the best👍👍🤩”

“Sy sedeh ksian xsangup tgok Zamani sakit ..ya Allah pmudah kan ringan kan sakit dia..time Kaseh Zamani mghibur kan”


“Ya Allah sembuhkanlah pyakit pnyanyi idola aku ni. Aamiin YRA..😭😭😭😭🤲🏼”

“Kesian lama dh sakit Zamani….”

“Walau sakit suara x berubah tetap padu moga sentiasa sihat selalu..”

“ALLAHUAKHBAR SEDIH LA TENGOK PENYANYI KESUKAAN SYA NI..SMUGA ALLAH PERMUDAH KN SEGALA NYA UTK AWAK”