Dulu Dapat Jaga Anak2 Dengan Sempurna Kini Pemegang Kad OKU, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Sebak

Setiap pasangan rumah tangga menghadapi dugaan yang berbeza-beza dalam menempuh kehidupan seharian.

Begitulah juga nasib yang ditimpa wanita ini apabila suaminya menderita sejenis penyakit sehingga membuatkan kehidupan si suami berubah sepenuhnya.

Yang lebih menyedihkan, penyakit yang ditanggung suaminya itu turut memberi kesan kepada kerjaya serta alam rumah tangganya ketika ini.

Tular di laman TikTok kisah seorang wanita yang diuji hebat apabila suaminya yang dulu sihat tubuh badan kini tidak seperti sedia kala lagi.

Menurut isteri yang bernama Sya Adnan, suaminya Shahrul Liza dahulu seorang bapa dan suami yang baik kerana selalu meluangkan masanya bersama si isteri dan anak-anak.

Selain mampu menjaga anak dengan sempurna, Shahrul dikatakan sering bermain bersama dua anak mereka dan cukup berupaya untuk menggendong si kecil.

Namun sejak Shahrul ditimpa penyakit, keadaan fizikalnya berubah. Keupayaannya turut terbatas.

Sya menjelaskan di dalam video TikTok yang lain mengatakan suaminya itu menghidap strok akibat pendarahan pada otak.

@sya.adnan Reply to @workforjoy antara punca puncanya. Sayangi lah diri dan orang tersayang @shahfxp ♬ Lagu Cinta – Asmara

Kata Sya lagi, dia sebagai isteri turut terkejut dengan penyakit yang menyerang suaminya kerana suaminya itu tidak menunjukkan apa-apa simptom yang serius.

Pun begitu Sya menyatakan punca daripada penyakit suaminya itu kerana Shahrul kekurangan rehat kerana selalu sibuk dengan kerjayanya siang dan malam.

Dalam pada masa yang sama, Sya sempat berpesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan sebaik mungkin.

Walaupun baru sehari videonya dikongsi, ianya tular dengan 734.5 ribu tontonan dan 54.6 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@sya.adnanBe strong husband♬ original sound – ℌ ⚡️ – FKautsar

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji ketabahan Sya dalam menjaga suaminya yang sakit dan juga seorang pemilik kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

Tak kurang juga yang memberi kata-kata semangat kepada pasangan suami isteri ini dan mendoakan yang terbaik buat masa depan mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“Kita setia sampai bila2 yaa dgn suami kita sis. Sempurna atau tak mereka ttap manusia yg pernah bekerja keras utk kita. Congrats sis. U wife yg baik❤️”

“Just single word for you . SALUTE!!!. Thank you for being strong all the way. Both of you and ur family deserve happiness. Tahniah atas kesabaran”


“Semoga kalian saling menguatkan dan sentiasa ada untuk bersama²…. Support kalian berdua. 🥰”