Anak Istimewa Menggigil Terkejut Akibat Jiran Suka Main Mercun, “Agaknya Memang Dah Tertulis Depan Rumah Ni Kawasan Main Mercun”

Sudah menjadi lumrah hidup berjiran. Kadang kala pasti ada sesuatu yang mereka lakukan kurang menyenangkan bagi kita.

Terutama sekali apabila tiba musim perayaan. Bunyi mercun yang memeriahkan suasana kadang kala bertukar menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Sama seperti keadaan yang menimpa ibu kepada bayi lelaki ini apabila jiran-jiran di kawasan perumahannya sering bermain mercun dengan kuat.

Itu pada musim perayaan, pada hari biasa pula anak wanita ini dikejutkan pula dengan bunyi ekzos motosikal yang bising sehingga menyebabkan anaknya itu tidak dapat tidur dengan lena.

Video yang memaparkan seorang bayi lelaki menggigil akibat terkejut dengan bunyi-bunyi yang kuat telah dimuat naik oleh ibunya sendiri iaitu @ibu89_hamka20.

Bayi lelaki yang bernama Hamka itu pada mulanya tidur dengan nyenyak namun bila tiba sahaja bunyi mercun, dia terus terkejut sehingga hampir seluruh badannya terangkat!

Menurut ibu kepada bayi ini, Hamka merupakan seorang anak syurga. Sebab itulah dia lebih sensitif dengan bunyi bising berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Setakat ini, tiada ulasan lanjut mahupun penjelasan daripada wanita tersebut tentang penyakit yang dihidap Hamka.

Sejak video ini dikongsi, ianya berjaya mencuri perhatian ramai kaum ibu terutamanya sehingga meraih tontonan sebanyak hampir sejuta dan 72.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@ibu89_hamka20😭inilah yg terpaksa ditanggung tiap Kali mercun berbunyi, agaknya mmg dah tertulis dpn umh ni kwsn main mercun… belum lg tgk bila anak terkejut dgn ekzos motor paip Tu…. Allahuakhbar, 🤲kau sembuhkan segera anakku ya Allah, angkatlah segala sakit², kembalikanlah dia kpd kanak² yg normal😭😭😭♬ Zikir Ya Allah – Munif Ahmad

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Ada yang berang dengan sikap jiran wanita itu.

Namun tak kurang juga yang memberikan pendapat dan pandangan masing-masing dalam membendung masalah yang dihadapi wanita dan bayinya itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“biasalah kak,bila kami bt kerja nnti ramai kecam kata polis jahat🥰,tpi org tk merasa apa yg akak rasa skrg ni🥰”

“betol2 biar dari lahir tu dlm keadaan bising seperti tv.. suara kakak abg main.. nnt terbiase… mcm sya umh tepi jln besar pastu dpn plk kedai mkm..”


“cuba bedong dia masa dah tido tu….kalau d bedong dia tak lah teruk sangat terkejut nya”

“Allahuakbar…. Kesian nye dkt bby… Bt lh aduan sis.brbincang cr baik…”