“Ikan bilis seekor belah empat” Merungut Nasi Lemak RM1 Tak Kenyang, Siap Tuduh Peniaga Nak Cepat Kaya

Sebut tentang nasi lemak, pasti ramai yang gemar dan memilihnya sebagai salah satu makanan untuk sarapan pada waktu pagi. Seperti yang kita tahu, harga nasi lemak pada masa kini meningkat ekoran harga barang yang semakin meningkat.

Pun begitu, ada juga peniaga yang masih mengekalkan harga lama namun kuantiti nasi lemak itu sendiri dikurangkan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang pelanggan memerli peniaga nasi lemak yang menjual nasi lemak dengan harga RM1 namun kuantitinya sedikit mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, lelaki tersebut kelihatan sedang berada di meja makan untuk menikmati nasi lemak yang dibelinya.

Namun dia seolah terkejut apabila melihat kuantiti nasi lemak tersebut yang dikatakan seakan tidak berbaloi malah sempat mendakwa peniaga tersebut seperti ingin ‘cepat kaya’.

“Nasi lemak RM1. Sesudu, dua sudu settle. Aduhai,” luahnya menerusi satu video yang kini tular di media sosial.


Malah dakwanya, tidak hairanlah segelintir peniaga nasi lemak boleh menjadi kaya-raya kerana menjual dalam bungkusan yang begitu kecil.

“Betul-betul mahal harga… ikan bilis seekor belah empat, belah tiga pun tak tahu la.”

“Telur sebiji buat 10,” katanya menerusi video berdurasi 20 saat dengan kapsyen ‘Nasi lemak RM1 dua sudu je’.

Di dalam video tersebut, dia juga sempat membelek bungkusan nasi lemak menggunakan kertas surat khabar yang dilapik dengan daun pisang, di mana di dalamnya mengandungi nasi, telur dan beberapa ekor ikan bilis serta sambal.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan mereka tersendiri. Ada netizen yang menyelar kenyataan lelaki tersebut dengan mengatakan nasi lemak bungkus RM1 itu berbaloi dan setimpal dengan harganya pada zaman sekarang.

“Sesuai la dengan harga RM1 untuk tahun 2022 bang.

“Sesuai dengan harga la tu. Ikan bilis, ada telur, ada sambal. Cukup syarat.”

“Ok lah tu. Daun pisang tu dia (peniaga) beli.”

“Kau expect penuh satu pinggan ke bang RM1?” katanya.

Pun begitu, ada juga yang mengatakan harga RM1 untuk sebungkus nasi lemak berkenaan juga ideal bagi mereka yang kurang berkemampuan.

“Mana tau ada antara kita yang dalam poket cuma ada RM1 untuk makan.

“Sekurang-kurangnya dia dapat makan nasi lemak,” ujar seorang netizen.