“Pata timur pun kaloh” Teguk Macam Minum Teh, Gelagat Kemaruk Budu Maryam Raih Perhatian Netizen

Seperti yang kita tahu, budu merupakan makanan tradisional yang boleh dikatakan ‘utama’ di Kelantan. Selalunya dimakan bersama ulam-ulaman.

Pun begitu, tidak semua orang gemar untuk menikmati budu namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang berdarah ‘Korea’ kemaruk dengan Budu mencuri perhatian ramai.

Siapa tidak kenal dengan Maryam Younarae bukan? Telatah ‘gila-gilanya’ bersama suami tercinta tentu membuatkan hari-hari anda terhibur.


Baru-baru ini dia menjadi perhatian ramai apabila videonya menjamah budu membuatkan damai kagum.

Dapat kita lihat, dia mencicah sayuran seperti baby carrot, timun jepun dan batang saderi ke dalam budu yang dituangkan di dalam cawan tanpa teragak-agak.

Dia juga dilihat sangat menikmati makanan tersebut dan apa yang membuatkan ramai terkejut adalah dia meneguk secawan budu itu seolah-olah sedang meneguk air.

Ramai di antara netizen sudah terbayang bagaimana masinnya rasa budu tersebut namun Maryam sangat menikmatinya seolah tidak langsung rasa masin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat aksi Maryam malah hairan bagaimana dia boleh meneguk budu tanpa rasa masin.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang akui tidak makan budu walaupun dilahirkan di negeri serambi Mekah itu.

Antara komen warga maya:

“kekelantanan aku tergugat.. adakah aku masih valid dipanggil ore klate”


“aku yang kelantan ni pun takleh minum budu macam tu”

“Boleh da minum budu macam air kopi eh”

“lahaiii dah macam minum tehh”

Video yang tular di laman TikTok:

@kentanggoreng.com1 Set pate timur pun kaloh gini #duriankimchi #fyp ♬ original sound – Kentang goreng

Hebatt betul Mariam ni pakai teguk je budu tu, siap melawan hukum budu cicah guna baby carrot!