“Kena Usik…” Rakaman Suara Sebenar Pontianak Mengilai Buat Netizen Meremang!

Makhluk halus ini sememangnya wujud kerana ianya juga merupakan ciptaan Tuhan. Dia boleh ‘hadir’ dalam pelbagai bentuk, seperti sosok yang menyeramkan, menyamar seperti ahli keluarga ataupun sekadar memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan dia ada di sekitar kita dengan menggerakkan barangan yang ada.

Bukan itu sahaja, makhluk ini juga boleh ‘merasuk’ dan masuk ke dalam tubuh manusia.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seorang individu yang sedang berubat tradisional telah mencuri perhatian ramai.

Namun apa yang membuatkan video itu lebih seram adalah ketika wanita itu mula mengilai ketika sesi perubatan.

Katanya bunyi mengilai itu adalah suara sebenar pontianak yang merasuki individu terbabit. Memang meremang habis bila dia muka mengilai!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing malah ada juga yang mengatakan bahawa bunyi mengilai tersebut sama seperti yang dilakukan rakannya ketika sedang berada dalam sesi berubat bersama seorang ustaz.

Tidak cukup dengan itu ada juga netizen yang menarik nafas lega apabila video tersebut muncul di ‘FYP’ TikTok pada waktu siang dan bukan lah pada waktu malam. Jika tidak, sudah pasti mereka tidak boleh tidur nyenyak dek kerana terngiang bunyi mengilai tersebut.

Antara komen warga maya:
“Kalau suara perempuan menangis tu apa ehh”

“Saya pernah dengar dulu masa member saya tengah ruqyah dengan seorang ustaz. Macam ni la suara dia mengilai”

“Sebiji suara macam saya usik anak saya”

“Kena usik hahaha”



Video yang tular di laman TikTok:

@imam_perang82 Suara Pontianak Sebenar Yg Merasuki Pesakit Saat Berniaga LIVE di FB #ilmuhikmah #akubukanustaz #rawatanislam #mencariredhaallah #fypシ #fyp #fyppp ♬ original sound – Imam_Perang82

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 185.9K tontonan, 9371 tanda suka, 300 komen, 1309 simpanan dan 398 perkongsian di platform TikTok.

Boleh tahan seram juga bunyi pontianak ni!