Niat Lelaki Nak Malukan Kontraktor Rohingya Bancuh Simen Guna Air Longkang Terbantut Selepas Dikutuk Berjemaah Oleh Netizen TikTok

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan sebarang pekerjaan namun ada juga sesetengah individu yang ‘kurang senang’ melihat cara orang lain walaupun sebenarnya perkara itu adalah normal.

Oleh kerana itu, timbul lah pelbagai spekulasi dan juga kecaman serta menukarkan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana menunjukkan seorang kontraktor Rohingnya membancuh simen menggunakan air longkang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Tribaldon, difahamkan dia kurang senang dengan tindakan pekerja kontraktor tersebut yang menggunakan air longkang daripada air paip.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis lelaki ini, dia menyifatkan pekerja tersebut merupakan seorang yang pengotor malah dia lebih ‘prefer’ kontraktor Indonesia daripada warga Rohingnya kerana tindakan berkenaan.

“Rohingya pengotor bancuh simen pakai ayaq (air) longkang.. aku pilih Indonesia lagi dari Rohingya” ujarnya.

Setakat ini, video yang tular itu berjaya mengumpul tontonan sebanyak 648.6 ribu dan 24.6 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok:

@tribaldonAku pilih indonesia lg dr rohingya♬ original sound – Babyboss🍺

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mempertahankan kontraktor tersebut sekaligus menyindir kenyataan lelaki itu kerana perbuatan yang dilakukan kontraktor sama sekali tidak dianggap kotor dan salah.

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh meminta lelaki ini menyuruh kontraktor tersebut menggunakan air ‘Starbucks’ agar terlihat lebih mahal dan eksklusif.

Antara komen warga maya:

“dulu ak bancuh simen pakai air mata , modal nk beli bawNg tu boleh tahan mahal jgk lah”

“kena pakai air coway baru pembersih”

“Orang bancuh simen xpernah lagi kena sita dgn KKM sebab kotoq bang. Hadoi”


“Alhamdulillah.. tukang rumah saya dia pakai air solat hajat + bacaan yasiin + bacaan Budak tahfiz 30 juzu’.. Alhamdulillah🥰”

“Naseb saya bancuh simen pakai air evian”

“dulu aq pernah bancuh simen pakai air Milo ais..siap aq bawah mamak buat air 2 ..dok bancuh air skli..”

“masa buat uma aq dulu,aq sruh contractor bancuh simen pakai air 100plus..biar uma aq ni jd semangat dan kuat😂”

“bang nanti suruh dia bancuh simen pakai air Starbucks bang baru mahal 🗿”