Guna Duit Raya Anak Beli Susu & Pampers, Netizen Berdebat Dengan Tindakan Si Ibu

Apabila menjelang hari raya, pastinya ramai diantara kanak-kanak memperoleh duit raya daripada saudara mara atau tetamu yang beraya di rumah.

Bagi yang masih kecil, tentunya kita akan pegang dahulu duit mereka untuk dijadikan simpanan buat mereka apabila besar kelak. Sedikit sebanyak, ianya boleh membantu mereka contohnya seperti membiayai kos pendidikan dan sebagainya.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu menggunakan duit raya anak untuk membeli barang keperluan anak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @princessyaya373, kelihatan dia sedang menggunakan diit tersebut untuk membeli barang keperluan bayi seperti susu dan juga ‘pampers’.

Dek kerana perkara tersebut, ramai pula netizen yang tampil mengutarakan pendapat masing-masing mengenai ‘hukum’ menggunakan duit raya anak oleh ibu bapa.

Sejak video ini dikongsi beberapa hari lepas, ianya berjaya mengumpul tontonan sebanyak 167.8 ribu dan 4267 tanda suka!

Video yang tular di platform TikTok:

@princessyaya373 #twins ♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀

Meninjau di ruangan komen, rata-raya warga netizen yang menyifatkan bahawa duit anak anak tidak boleh disentuh oleh ibu bapa kerana itu adalah hak anak.

“Tak boleh guna duit raya anak ya. Barang-barang anak tanggungjawab si ayah. Menjawab kat sana nanti.” Ujar seorang warga maya.

“Dengar ceramah haritu, ustaz kata kalau untuk keperluan anak seperti susu pampers, tak boleh guna duit raya.” Kata seorang netizen.

Ada juga netizen yang berkata duit raya yang telah digunakan oleh ibu bapa perlulah digantikan semula.

Bagaimana pun, terdapat juga segelingir netizen yang beranggapan bahawa tidak salah jika kita menggunakan duit raya anak untuk keperluan zuriat tersendiri.

Antara komen warga maya:

“DGr ceramah ustaz tak boleh ,tgujwp mk ayh ,duit raya ank tak boleh gune”

“ntahla…sy pakai je…sbb sy pun halal kan je duit sy mak pak sy pakai….asal sy sihat dpt blajar cukup keperluan…”

“ade ckp blh asalkn kegunaan anak sndiri. bkn utk kita”


“nanti anak dia besar , anak dia cakap “aku kecik kecik dah beli pampers sendiri” 😂”

“Alaaa sedihnyaaa duit raya diorg pakai utk keperluan wajib yg patutnya mak ayah sediakan.”

“tak boleh .. kegunaan anak tanggungjawab ibu bapa sendiri . kalau guna time terdesak wajib ganti balik duit anak tu”

“keperluan anak bukan ke duit parents? kenapa pakai duit raya anak anak 😅”

“Bli susu kn tggjwb ibu bape knpe kne pki duit ank plk😂”

“beli keperluan anak boleh jer …Ada lebih ..simpan”

“tak boleh..wajib ganti.patutnya ambil sikit utk readykan stok pampes lps raya je,duit lebih ptt saving utk anak..”