Jijik! Tergamak Bagi Majikan Makan Sisa, Pembantu Rumah Dianggap Pengotor

Tidak kira lah bekerja dalam bidang apa sekalipun, namun adab perlu dibawa bersama kerana adab ini akan mencerminkan siapa diri kita yang sebenar serta bagaimana didikan yang kita terima.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana semua pembantu rumah kantoi berkelakukan biadap di belakang majikan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Santaelisabetsinaga, kelihatan seorang wanita yang merupakan seorang bibik berada di dapur rumah.

Dapat kita lihat pada awalnya dia dilihat ‘curi-curi’ makan makanan yang ada di dalam kuali tersebut sebelum menghidangkannya kepada majikan.

Apa yang lebih menyakitkan hati, dia menggigit ikan yang ada di dalam nasi tersebut lalu diletakkan semula ke dalam kuali itu.

Aksinya yang jijik itu sempat diintip dan dikongsi tanpa pengetahuannya menyebabkan dia dikecam oleh netizen TikTok!

Kini, video yang tular ini berjaya meraih perhatian ramai dengan mengumpul jumlah tontonan sebanyak 17.3 juta dan 608.9 tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok:

@santaelisabetsinaga kelakuan bibi jaman sekarang , tega sisa nya di kasih majikan#voiceeffects ♬ suara asli – Santa Elz

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan wanita tersebut mempunyai sifat pengotor dan tidak menghormati majikan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang beranggapan mungkin dia sedang masak makanan untuk dirinya dan meminta netizen lain agar tidak sebarangan membuat andaian.

Antara komen warga maya:

“Itu tu sisa dia masak nasigoreng”

“Dia penat kerja, belum sempat makanan… jadi mcm tu.”

“itu dah sisa dari di hidangkan x”


“ini bukan bibik…ini bini tuan rumah😂😂😂”

“Maybe it’s her own food.”

“mungkin dia punya makanan tu makan kat kuali mcm aku sbb malas basuh itu makan dia🤣”

“fitnah itu lebih kejam daripada fitnesss🗿”

“mgkin itu masak untuk dia sndri atau mmg masakan sisa”