“Ni baru icon” Boss James Dijemput Beri Ceramah Di Sekolah, Netizen Bandingkan Dengan Haqiem Stopa

Siapa tidak kenal dengan ‘content creator’ iaitu Boss James yang sering menghasilkan video positif berbentuk tauladan dan juga tentang ilmu permotoran.

Baru-baru ini, dia meluahkan rasa terujanya apabila dijemput untuk memberi ceramah motivasi di SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu posting, Usahawan di bawah syarikat Berjaya Mega Motors Enterprise itu mengucapkan terima kasih atas jemputan dianjurkan pihak sekolah.

“Pagi yang indah gais! Syukur dan terima kasih atas jemputan daripada pihak SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban untuk berkongsi dengan adik2 semua!”


“Sesi kali ini berjalan dengan lancar dan ceria. Semua peramah dan baik-baik menyambut kami,”
tulisnya menerusi sebuah hantaran di laman Facebook.

Difahamkan, program tersebut turut mendapat perkongsian daripada dua figura yang berjaya dalam bidang masing-masing iaitu Dr Jamie Chu dan Sir Nicholas Aw.

“Semoga ilmu yang dikongsi daripada Dr Jamie Chu, Sir Nicholas Aw dan saya dapat memberi manfaat dan inspirasi untuk semua ya.”

“Saya doakan adik2 semua dapat menjadi insan berjaya satu hari nanti. Dapat beri manfaat untuk family dan berbakti untuk negara kita. Aamiin,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dan menyambut baik tentang perkara tersebut.

Dalam masa yang sama, netizen juga sempat membandingkan Boss James dengan Haqiem Stopa malah menyifatkan Boss James merupakan ‘ikon permotoran’ yang sebenar.

Bagi netizen, Boss James merupakan individu yang layak dijadikan contoh dan menyampaikan motivasi disekolah tersebut.

Antara komen warga maya:
“Ni baru ikon permotoran, bisnes berjaya!”


“Baru layak dijemput ke sekolah”

“Baru betul, bukan Stopa tu”

“Terbaik! Tahniah Boss James”

“Bisnes berjaya, jadi contoh tauladan”

Perkongsian yang tular:

Sekadar info, terdahulu Haqiem Stopa pernah dijemput ke sebuah sekolah untuk memberikan motivasi. Bukan sahaja dikecam gara-gara pakaian yang tidak formal, malah dia juga dianggap kurang sesuai untuk dijadikan contoh kepada generasi akan datang sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya apakah pengorbanannya pada negara atau sikap baiknya yang wajar dicontohi.

Dia juga pernah dikecam hebat oleh orang ramai kerana diangkat sebagai ‘ikon permotoran’ anak muda oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.