Netizen Ingatkan Janna Nick Menari Dengan Tokti, Rupa-rupanya..

Siapa tak kenal dengan Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi popular. Bukan sekadar berbakat dalam bidang lakonan, kini dia juga sedang berjinak-jinak dalam bidang pengarahan filem.

Janna kini sedang sibuk melibatkan diri sebagai panel penyiasat dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musid Ke-5 di TV3 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce!

Bari-baru ini Janna ada memuat naik sebuah video menari di TikTok bersama adik perempuannya yang bakal melanjutkan pelajaran di Sarawak.

Pada mulanya, tujuan Janna berkongsikan video berkenaan adalah sebagai pesanan sebelum adiknya berangkat ke negeri orang. Namun, orang ramai tiba-tiba tertarik dengan adiknya!

Wajah adik Janna malah disamakan seperti wajah penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti. Habis ruangan komen dibanjiri dengan nama Tokti gara-gara wajah mereka yang seiras!

Dalam pada itu, dua beradik ini dipuji kerana kecomelan mereka berdua dalam menghasilkan trend yang sedang tular sekarang. Lebih-lebih lagi kerana Janna jarang mempamerkan adik-adiknya di media sosial. Oleh itu, netizen teruja melihat wajah adik perempuannya.

Menerusi video yang dikongsikan Janna, Nurul Balqis bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Sarawak. Janna meminta orang di sana untuk tengok-tengokkan adiknya. Dia sempat berseloroh jika adiknya berkelakuan jahat, laporkan sahaja kepadanya.

“Good luck Dr. Nurul Balqis, semoga jadi doktor tanpa stress. Sarawak people tolong tengokkan eh. Kalau dia jahat please report me,” tulis Janna di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyangka Janna Nick membuat video bersama Tokti. Mereka sehingga bertanyakan kepada Janna adakah itu adiknya kerana tidak percaya.

Tak kurang juga orang Sarawak yang menyambut kedatangan adiknya dengan senang hati. Siap bagitahu Janna agar jangan risau kerana orang di sana baik-baik belaka dan tak sabar ingin jagakan Balqis.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“ingat TikTok dengan tokti tadi 😅”

“adik muka mcm dato ct sikit2”


“org sarawak baik2 je..mestilah adik janna akan baik2 je kat sne🥰🥰”

Video yang tular di laman TikTok

@jannanickofficial Goodluck Dr. Nurul Balqis ! @kissyanick ♬ Left And Right (Speed Up) – kerstin⁷