Lelaki Tua Terkejut Harga Kopi Di Kafe Premium RM10, Siap Merungut Dalam Hati Kerana Tak Sedap

Bagi yang masih mempunyai ibu bapa mesti sudah biasa dengan situasi si bapa akan meminta kepada ibu untuk dibuatkan kopi. Kopi merupakan antara minuman yang sesuai dinikmati pada setiap waktu tak kira sarapan, minum petang mahupun malam sebelum tidur.

Bagi mereka yang sudah berumur, meneruskan hari tanpa pengambilan kafein memang tidak lengkap. Oleh itu, mereka akan sedaya upaya untuk mendapatkan kopi walaupun bukan di rumah.

Seperti yang tular baru-baru ini di media sosial, seorang lelaki tua berusia 80 tahun terkejut apabila terpaksa membayar RM10 untuk secawan kopi hitam tanpa gula!

Menurut kisah yang diceritakan semula oleh anaknya, Nurhikhmah Sahat di TikTok, bapanya sudah menyediakan RM2 untuk membayar kopi yang diminta. Namun bapanya langsung tidak menyangka kedai kopi yang dimasukinya adalah kedai kopi premium!

“Abah ikut rombongan kahwin anak saudara mak di Kedah dengan menaiki bas. Dalam perjalanan balik tu, bas berhenti di stesen minyak.

“Masa tu abah terasa nak minum kopi, jadi dia masuk ke dalam kafe yang ada di stesen tu… abah tak tahu pun kedai tu mahal.

“Kemudian abah buat pesanan dan cakap dekat staf jaga kaunter ‘pakcik nak kopi yang kecil saja’ dan sediakan duit RM2 dalam tangan, untuk bayar kopi,” katanya.

Walaupun kedengaran kelakar, tetapi itulah kali pertama dalam seumur hidupnya dia membelanjakan duit sebanyak RM10 untuk secawan kopi. Sudahlah mahal, tidak kena dengan selera pula.

“Abah bukan tak ada duit tapi dia tercengang sebab tak sangka kopi yang dia minta saiz kecil tu, harganya mahal.

“Dia pun cakap dengan staf tersebut ‘selama pakcik hidup 80 tahun, tak pernah pakcik minum air kopi lebih daripada RM2’,” katanya lagi.

Bagaimanapun, perbualan bapanya didengari oleh dua orang pelanggan yang beratur di belakang. Seorang daripada mereka menyangkakan bapanya tidak cukup duit sehingga salah seorang mereka mengejar lelaki tua itu untuk menghulurkan sedikit duit.

“Mungkin ada kakak yang beratur belakang dengar perbualan abah, dia suruh suaminya kejar abah untuk bagi duit kerana bimbang tak ada duit (selepas bayar harga kopi).

“Abah dah tolak tapi dia berkeras nak bagi juga duit… jadi abah ambil saja. Kemudian apabila dah masuk dalam bas, abah nak minum tapi kopi yang dibeli tadi tapi rasanya pahit sebab tak letak gula.

“Abah pun sound dalam hati ‘dah la mahal, tak ada gula pula’. Akhirnya air kopi tu dibuang saja,” katanya.

Disebabkan itu merupakan kali pertama berhabis duit untuk kopi, bapanya membuat keputusan untuk menyimpan cawan kopi berkenaan sebagai kenangan.

Di ruangan komen, rupa-rupanya ramai juga yang mempunyai cerita yang sama di mana bapa mereka turut melalui situasi sedemikian.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“mcm abah sy ,sy beli doubleshot ice tu , abis dia minum . pastu tya nak lg ke , ckp x nak dah sbb adik g ckp mahal ,tp klw beli ,nak jugak lettu 😆”

“mcm abah sy… mula2 marah beli kopi mahal. dia kata kopi hang tuah lg murah. sekali dia minum ckap iye laa… ad beza la kopi mahal ni! 😂😂😂😂”


“org2 tua kn sis..mane lah tahu kopi gitu.😅 gitu lah klau ank2 tak ikot😂.semua di sangka kan kopi rm2.😂”

Video yang tular di laman TikTok

@nurhikmahsahat #starbucks #kopimahal #duaringgit #cofeestarbuck #kotatinggi #jdt #abah #alhmdulillah #fyp ♬ Hanya Rindu – Andmesh