Pemandu Mercedes Mengamuk Dalam Kereta Gara2Tak Dapat Kejar Nissan GT-R Atas Highway

Berlumba di atas jalan raya boleh mengundang bahaya kepada orang ramai. Walaupun sudah diberi amaran oleh pihak berkuasa, sesetengah pemandu masih degil dan ingkar perintah.

Sesetengah individu juga berasa jalan raya merupakan tempat yang paling sesuai untuk menguji kehebatan enjin kereta masing-masing. Disebabkan itu mereka memecut dengan laju tanpa mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini tular sebuah rakaman di mana seorang pemilik Mercedes-Benz mencarut sambil menunjukkan isyarat jari tengah apabila ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R R35.

Dalam pada dia mengejar Nissan untuk mengalahkannya, tanpa dia sedari dia telah membahayakan nyawa orang lain kerana memotong menggunakan kesemua lorong yang ada.

Tak lama kemudian, kedua-duanya berjumpa semula Nissan GT-R yang sedang menukar lorong ke kiri. Tidak melepaskan peluang, dia cepat-cepat ‘mencucuk’ belakang kereta tersebut.

Malangnya, kereta berkuasa tinggi buatan Jepun itu dengan senang ‘mengalahkan’ Mercedes dengan meninggalkannya jauh di belakang. Secara tidak langsung mencetuskan kemarahan pemandu Mercedes.

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua pemandu berkenaan tidak seharusnya dicontohi kerana hanya merugikan diri sendiri. Selain itu, nyawa orang lain juga mungkin terkorban akibat kecuaian diri sendiri.

Video berdurasi 1 minit 49 saat yang dikongsikan oleh Shariff Bin Ismail di Facebook Kemalangan Jalan Raya 2022 menerima pelbagai respons daripada netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mentertawakan pemandu kereta Mercedes tersebut kerana taknak kalah dengan kereta yang lebih hebat daripadanya. Ibarat tidak mengukur baju di badan sendiri.

Selain itu, ramai juga yang meluahkan rasa bengang dengan pemandu yang menggunakan keempat-empat laluan yang ada untuk memotong dan berlumba. Bukan sahaja boleh membahayakan nyawa orang lain, malah diri sendiri.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook


Video yang tular di laman Facebook: