“Nampak Macam Bersanggul Pun Ada” Jiran Lapor Nampak Entiti Menari Dalam Bilik, Terkejut Bila Tahu Bilik Tak Berpenghuni

Seringkali kita dengar tentang penampakan entiti namun ianya memang sukar untuk dijelaskan menggunakan logic akal. Apatah lagi apabila kita sedia maklum bahawa jin mahupun syaitan mampu menjelma dengan pelbagai bentuk.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana jiran ini sempat merakam penampakan satu entiti di sebuah rumah telah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan video itu dirakam di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor. Menurut pemilik rakaman tersebut, aduan tersebut dibuat dengan alasan ‘jirannya’ sering memasang lagu kuat dan menari-nari.

Susulan perkara tersebut, dia mengambil video sebagai bukti dan melaporkannya kepada pihak polis.

Lebih menyeramkan, Katanya sudah beberapa kali juga buat aduan, tapi bila polis datang bilik itu bertukar gelap dan muzik dimatikan seolah tiada apa yang berlaku.

Menjadi tanda tanya, siapakah yang berada di dalam bilik tersebut kerana pada ketika itu tuan rumah pergi ke kerja dan bilik itu tidak berpenghuni.

Tambah misteri, jiran-jiran lain tidak pernah pula dengar bunyi muzik kuat dipasang dari rumah tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@bigredmachine3196 Based on true story..Kita share kisah seram time penugasan.. #pdrm #misteri #ipdpetalingjaya #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – Papa Fen 🤗 – FandyFiera

@bigredmachine3196 Reply to @millz_13107 kita try upload video kedua yang lebih clean&clear.. #misteri #pdrm #ipdpetalingjaya #polispj #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – Anschyni

Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen meremang bulu roma melihat entit tersebut menari-nari.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan wanita itu seperti mempunyai sanggul dan gayanya persis orang pada zaman dahulu.

Berikut merupakan komen warga maya:

Antara komen warg maya:
“Hmmm datang tanpa diundang”

“Macam orang zaman dulu2 . Nampak macam bersanggul pun ada…”

“Sebenarnya dia tahu ko intai dia dan tengah rakam dia. Jadi dia sengaja muncul dalam bilik tu”


“Adehhh meremang”