Dari Luar Seperti Rumah Usang, Netizen Terkejut Hiasan Dalam Persis Hotel Bertaraf 5 Bintang!

Seringkali kita dengar, jangan menilai sesuatu hanya pada rupa kerana pada dasarnya kita nampak ianya ‘biasa-biasa’ sahaja namun siapa sangka di dalamnya sangat luar biasa.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana memaparkan sebuah rumah yang kelihatan seperti rumah usang namun di dalamnya seperti hotel bertaraf 5 bintang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @PokLeh, pada awalnya kelihatan sebuah rumah yang sangat tidak terurus seperti rumah yang telah ditinggalkan sekian lamanya.

Lihatlah motor yang digunakan juga seolah-olah tidak terpakai kerana kelihatan usang malah lampu belakang juga diikat, seat motor yang ‘rabak’ dan bahagian motor yang berkarat.

Pun begitu, siapa sangka apabila dia membuka pintu rumahnya, didalam rumah tersebut sangat bersih seolah-olah berada di dalam rumah yang sangat mewah.

Malah, tidak cukup dengan itu, bilik airnya juga seperti hotel dengan bertemakan warna emas. Siap ada bath tub! Memang kerlas!


Video yang tular di laman TikTok:

@salahuddinmazelan Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut apabila melihat keadaan di dalam rumah pakcik ini kerana ramai yang menyangka pakcik ini bukanlah orang yang senang.

“Mula2 ingatkan pakcik ni orang susah ..sekali masuk dalam.. saya lagi susah”- Netizen

Bukan itu sahaja, ramai juga yang pada awalnya ingin membantu memberi sumbangan namun niat mereka ‘terbatal’ apabila melihat reka bentuk dalam rumahnya.

Berikut antara komen warga maya:

“ini baru real luar setinggan dalam condo”

“akubaru nak tolong bagi bantuan, sekali dia masuk dalam, aku lak rasa nak minta bantuan”

“bf datang rumah tanpa masuk dalam rumah, lepas dating terus ajak break. Padahal dia tak tahu dalam macam kayangan”

“macam masuk alam lain rasanya.. tah2 motor pun sama, luaran Honda C70 dalam barang Y Suku”

“taktik penyamaran terbaik ni.. tadi nak tag ustaz ebit.. nasib baik tengok abis”