Didakwa Kencing Depan Sekolah, Lelaki Ini Mengamuk Selepas Ditegur Orang Awam

Pada masa kini masyarakat seolah-olah kurang kesedaran sivik malah seakan tidak tahu bagaimana hendak menjaga kebersihan tempat awam.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana terdapat seorang individu selamba kencing di tempat yang tidak sepatutnya seperti laluan para pelajar hanya kerana mahu cepat atau urgent mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat seorang lelaki menaiki Honda Accord yang didakwa kencing di kawasan hadapan sekolah iaitu tempat para pelajar menanti ibu bapa.

Situasi berubah tegang apabila teguran yang diberikan daripada si perakam tidak diterima dengan baik malah berang serta bertindak untuk mengugut.

Menerusi sebuah lagi video lain, dia juga meminta agar video tersebut dipadamkan namun pemuda ini dengan tegas mengatakan ianya sebagai bahan bukti yang mengukuhkan lagi kesalahannya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki yang tidak bertanggungjawab itu juga bertindak untuk melawan semua orang yang tidak berpuas hati dengannya.

“You satu kali lagi saya bantai.. satu kampung mari pun tak apa la.. kalau you ‘man’ you orang lanc*u, sekarang lu mari, saya satu tangan satu kaki saja” ujar lelaki tersebut yang masih tidak mengaku salahnya.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen berang dengan sikap yang tidak bermoral lelaki tersebut yang kencing di tempat awam bahkan tidak mengaku kesilapan sendiri.

Dalam oada kekecohan yang berlaku, netizen juga tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar jeritan lucu lelaki tersebut pada video yang pertama.

Antara komen warga maya:

“kenapa jerit macam tu bang, saya nak serious pun takleh”

“maaf bang saya tergelak teruk abang jerit tu”


“baru nak puji abang punya berani, terus tak jadi lepas dengar abang menjerit”

“u tak mau delete saya delete u sekarang”

“satu kampung mari pun takpe la”

Video yang tular di laman TikTok:

@urdazzyboikalau masuk fyp, comment for part 2 👍🏻🤰♬ original sound – dazzzzz

@urdazzyboi Replying to @urdazzyboi ♬ original sound – dazzzzz