“Mudahkan urusan orang”, Kulit Kuaci Bersepah Dalam Pawagam, Netizen Luah Rasa Geram

Ramai diantara kita yang sememangnya gemar untuk ke panggung wayang. ‘Vibe’ nya mungkin membuatkan penonton lebih puas berbanding menonton di kaca TV rumah.

Manakan tidak, screennya yang besar, tempat duduk yang selesa dan berpenghawa dingin, sound sistem yang jelas malah boleh juga makan di dalam panggung wayang.

Pun begitu, baru-baru ini tular video tentang segelintir individu yang tidak beradab dan pengotor sehinggakan membuat ramai yang tidak senang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @edysabun, memaparkan seorang pekerja sedang bertungkus lumus membersihkan kulit kuaci yang bersepah di atas lantai di sebuah panggung wayang.

Terdapat juga cebisan-cebisan sampah di atas tempat duduk yang juga ditinggalkan oleh pengunjung selepas filem berakhir.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan segelintir individu yang tidak bertanggung jawab bahkan tiada ‘common sense’ langsung.

Memang pekerja panggung tersebut dibayar namun tidak salah jika kita menunjukkan contoh yang baik dan memudahkan urusan orang lain.

Bahkan ada juga netizen yang tak boleh ‘brain’ bagaimana seseorang mampu tergerak hati untuk melakukan perkara sebegitu di tempat awam.

Antara komen warga maya:

“sepanjang aku tengok wayang tak pernah la terfikir nak sepah2 macam ni”

“memang la diorang dibayar gaji tu kerja diorang tapi apa salahnya kita as pengguna ni jaga dan memudahkan urusan diorang juga..”


“haiwan pun pandai jaga kebersihan”

“kifarah ada.. harini dia susahkan orang besok dia kena balik..”

“stadium bola dah haramkan kuaci masuk.. pawagam kena ketatkan lagi la..”

Video yang tular di laman TikTok:

@edysabun♬ original sound – MASTERPIECE