Connect with us

Viral

Pandu Lori ‘Melelong’ Bahaya Sebab Mengantuk, Pilot Darat Escort Sampai RnR Jadi Perhatian Netizen


Kita sering diingatkan agar tidak memandu dalam keadaan mengantuk kerana ‘micro sleep’ boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan kemalangan.

Hal ini bukanlah isu yang baharu memandangkan banyak kemalangan yang direkodkan gara-gara pemandu memandu dalam keadaan mengantuk bahkan ada yang sehingga meragut nyawa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu lori memandu dengan berbahaya kerana terlalu mengantuk mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tobengshah, dapat kita lihat lori tersebut bergerak dari satu lorong ke lorong yang lain tanpa memerhatikan kenderaan sekeliling.

Oleh kerana bimbang akan keselamatan pemandu lori itu dan pengguna jalan raya yang lain, lelaki yang merakam situasi itu bertindak membunyikan hon berkali-kali, sambil memberi lampu tinggi agar pemandu tersebut kekal sedar.



Tindakannya itu disedari pengguna jalan raya yang lain dan mereka juga yang terdiri daripada lori tunda dan bas membantu membunyikan hon dan memberi lampu tinggi.

Lori tunda tersebut juga difahamkan ‘menjaga’ lorong tengah agar kenderaan lain tidak memandu terlalu dekat dengan pemandu lori yang mengantuk itu.


Berkongsi lanjut, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, dan pemandu lori tersebut diiring dengan selamat sehingga tiba di Kawasan Rehat & Rawat Tanjung Malim.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seriau melihat lori tersebut yang ke kiri dan ke kanan dek kerana pemandunya yang sangat mengantok.

Pun begitu, netizen juga berterima kasih kepada abang ini dan beberapa lagi kenderaan yang membantunya kerana telah menyelamatkan nyawa pemandu lori itu serta pengguna jalan raya yang lain.

Tdak cukup dengan itu, netizen juga turut sedih melihat pemandu lori itu yang berhempas pulas mencari rezeki halal sehingga keletihan dan mengantok. Netizen juga berharap agar pihak trafik memberi kelonggaran dan faham situasi pemandu lori yang berhenti kerana terlalu mengantuk.

Antara komen warga maya:

“terbaik bang.. tanpa sedar abang dah selamatkan ramai nyawa termasuk nyawa driver.. salute abang dengan geng2 pilot darat”

“dia tahan ngantok nak sampai ke rnr.. faham sebab kalau berhenti tepi kena saman..”


“bukan mudah bertugs sebagai pemandu kenderaan berat.. keletihan adalah musuh utama kami..”

“terima kasih abang2 lori yang escort tu demi keselamatan pengguna lain…”

“saya pernah rasa barai tahap macam ni.. memang cari Rnr berhenti.. tarik handbrake, buka tingkap sikit terus lelap.. bangun2 dah siang..”


Video yang tular di laman TikTok:

@tobengshah mencemaskan..dari bukit tagar hgga ke t.malim..terpksa escort sebab risau mmbahayakan pemandu2 lain#fyp#burungantu ♬ Tiara – Raffa Affar

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)